Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 6, 2025 @ 11:51am

“Kahwin Tak Wajib, Kalau Salah Pilih Pasangan Kemudian Bercerai Merana Hidup” – Fathia Latiff

Pelakon dan penyanyi, Fathia Latiff mempersoalkan mengenai tindakan segelintir pihak yang terlalu memikirkan soal mendirikan rumah tangga.

Menerusi platform Threads, Fathia atau nama lengkapnya, Nur Fathia Abdul Latiff, 38, ini menganggap perkahwinan boleh disifatkan sebagai sesuatu perkara yang tidak wajib.

“Kenapa orang selalu fikir pasal kahwin, kahwin kan tak wajib?,” katanya.

Dalam masa sama, aktres drama popular Ariana Rose ini turut meluahkan rasa bimbang sekiranya salah memilih bakal suami dipercayai hanya akan membawa padah dalam kehidupannya itu.

“Lepas itu, kalau salah pilih pasangan nanti bercerai juga atau merana seumur hidup. Hari-hari tengok muka (pasangan) pun bosan juga,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, ciapan Fathia itu mengundang pelbagai reaksi dan persepsi dalam kalangan netizen.

Rata-rata bersetuju dengan pandangan Fathia tersebut, namun ada juga segelintir netizen menjelaskan perkahwinan boleh mengelak daripada berlakunya maksiat.

Sebelum ini, Fathia mengakui persiapannya untuk bergelar isteri pada tahun lalu sudah mencapai 20 peratus, namun jodoh tidak berpihak kepadanya apabila hubungan itu terhenti di tengah jalan.

Artikel Berkaitan: “Yang Datang Tu, Ya Allah…” – Rela Bujang Sampai Tua, Fathia Latiff Luah Rasa Kecewa Soal Jodoh

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hubungan Putus Di Tengah Jalan, Fathia Latiff Reda Tak Jadi Kahwin – “Persiapan Dah 20 Peratus…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Mar 2019

Arja Lee Mengaku Obses Panggung

Hero filem Dalam Botol ini mengaku mahukan watak dalam filem hantu pula selepas ini.

Hiburan Fri, 8 Nov 2019
Trending Wed, 7 Aug 2019

Kali Terakhir Dilihat Hanya Berpakaian Dalam, Di Mana Jejak Nora Anne Quoirin?

Dikatakan hilang di hutan Negeri Sembilan, di mana jejak gadis Ireland ini?

Kisah Viral Wed, 20 Dec 2023

Berang Dihalang Masuk Kondominium, Pemuzik Ditahan Akibat Patahkan Pagar Automatik… Rupanya Ada Tunggakan RM6,448

Suspek direman selama empat hari bermula semalam sehingga 22 Disember ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Hiburan Mon, 24 Jun 2019

Alahai Comelnya Anak Sulung Abam Bocey!

Comelnya Syed Uthman Hamzah!

Events Mon, 31 Dec 2018
error: Content is protected !!