Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 28, 2025 @ 1:25pm

[VIDEO] Hubungan Putus Di Tengah Jalan, Fathia Latiff Reda Tak Jadi Kahwin – “Persiapan Dah 20 Peratus…”

Pelakon jelita, Fathia Latiff, mendedahkan bahawa impiannya untuk mendirikan rumah tangga terhenti di tengah jalan selepas hubungan cintanya dengan seorang jejaka berakhir.

Menerusi temu bual eksklusif bersama Melodi TV3, bintang drama Ariana Rose ini mengakui persiapannya untuk bergelar isteri ketika itu sudah mencapai 20 peratus, namun jodoh tidak berpihak kepadanya.

“Persiapan sudah 20 peratus, tetapi nampaknya rancangan itu tidak menjadi. Tak mengapalah, semuanya atas ketentuan Allah. Saya teruskan kehidupan, masih single dan belum ada perancangan untuk mendirikan rumah tangga buat masa ini,” katanya.

Ketika ditanya mengenai perubahan dirinya yang kini kelihatan lebih matang dan positif, Fathia menjelaskan bahawa doa daripada keluarga dan peminat banyak membantunya menjaga kesihatan mental.

“Saya percaya doa peminat dan keluarga memberi kesan besar. Saya kini lebih berhati-hati dalam bertutur, lebih menjaga kesihatan mental, dan lebih berfikir sebelum berkongsi sesuatu di media sosial. Itu membantu saya untuk kekal positif,” tambahnya.

Pada September tahun lalu, Fathia pernah mendedahkan bahawa dia bakal berkahwin dengan seorang jejaka yang sudah diperkenalkan kepada ibu bapanya. Namun, takdir menentukan sebaliknya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 24 Nov 2024

Syamsul Yusof Didakwa Makin ‘Handsome’, Puteri Sarah Komen: “Kenapa? Masalah Aku Ke?”

Puteri Sarah kelihatan tegas menyuarakan pendapatnya berkenaan bekas suaminya itu.

Featured Thu, 14 Nov 2024

Aaron Aziz Bengang, Duit Perniagaan Isteri Disonglap Puluhan Ribu – “Kau Keji, Hipokrit, Biadap, Pendusta & Tak Bersyukur”

Aaron memaklumkan dia berasa sangat kecewa dan marah apabila wanita terbabit tergamak mengkhianati kepercayaan yang diberikan isterinya.

Hiburan Wed, 29 Nov 2017

Bukan Mahu Tagih Simpati Apabila Elyana Dedah Sakit

Walaupun ada yang kata Elyana meminta simpati tetapi ada juga yang memberi sokongan dan dorangan untuknya.

Hiburan Thu, 22 Feb 2024
Featured Sun, 25 Jun 2023
Hiburan Thu, 13 Sep 2018

Kerjaya Makin Lancar Lepas Bertudung, Fouziah Gous Mohon Netizen Doakan Sesuatu?

Ibu kepada Muhammad Zeeshan dan Zaheen Yusof ini meminta agar para peminat mendoakan agar dia terus istiqamah.

Featured Mon, 21 Mar 2022
error: Content is protected !!