Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 2, 2024 @ 5:52pm

Bawa Anak-Anak Tengok Perarakan Merdeka, Fasha Sandha Dipuji Humble Sanggup Bersesak, Duduk Di Tempat Awam – “Ada Je Untuk Artis…”

Pelakon jelita, Fasha Sandha meraih perhatian selepas memuat naik hantaran menyaksikan perarakan sambutan Hari Kemerdekaan ke-67 di Dataran Putrajaya, Sabtu lalu.

Isteri aktor Aidil Aziz berkata itu adalah pertama kali dia membawa anak-anak melihat perarakan Merdeka secara langsung di lokasi kejadian.

Alhamdulillah, berjaya bawak anak-anak melihat perarakan. Pengalaman pertama kali untuk mereka. Semua excited sangat dan tak meragam. Semangat cintakan Negara,” tulisnya di kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, ada individu bertanya kepada Fasha sama ada dia tidak kisah untuk bersesak-sesak dengan orang ramai.

“Tak apa ke artis pergi tempat beramai orang macam tu? Biasa artis tak suka,” soal individu tersebut.

Aktres drama rantaian Rampas Cintaku ini bagaimanapun berkata dia dan rakan baiknya memilik untuk duduk di tempat awam.

“Sejujurnya, ada saja tempat khas untuk artis. Tapi saya dan Datin Rita, @rita_sosilawati kawan baik saya memilih untuk pergi awal dan duduk di tempat masyarakat.

“Syukur Alhamdulillah, satu anak pun tak meragam. Malam sebelum tu kami nervous dan berdoa anak-anak semua behave sebab pertama kali seumur hidup mereka tengok perarakan. Selalu tengok di televisyen (TV) saja,” katanya.

Fasha Sandha

Menjengah ke ruangan komen, segelintir netizen memuji Fasha seorang aktres yang tidak sombong, merendah diri dan suka bergaul dengan semua orang.

Fasha Sandha

Artikel Berkaitan: “Saya Yakin Nora Dan Nedim Sudah Fikir Yang Terbaik Untuk Keluarga Mereka”- Fasha Sandha

Artikel Berkaitan: Fasha Sandha Salute Bos Mydin Pakai Baju Batik RM20 – “Baju Tidak Melambangkan Status & Taraf”

Artikel Berkaitan: Fasha Sandha Dipuji ‘Humble’ Pakai Baju RM19 – “Dia Tak Selalu Membazir Duit, Beli Barang Pun Jimat”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 22 May 2024
Trending Sat, 1 May 2021

Kamera Hadapan 44MP Dengan OIS, vivo V21 Hasilkan Imej Bertaraf Profesional… Lengkap Dengan Ciri Autofokus Serta Visi Malam Yang Canggih!

Mencari telefon pintar yang dapat merakamkan swafoto yang lebih jelas serta video yang berkualiti tinggi pada bila-bila masa, di mana-mana jua? Siri vivo V21 yang terbaharu adalah jawapan untuk pencarian anda! Membawakan kamera hadapan 44MP […]

Featured Wed, 5 May 2021

Bantuan RM 500 Buat Peniaga Bazaar Selangor Yang Terjejas

Mulai 8 Mei ini, operasi di semua Bazar Ramadan di seluruh Selangor tidak akan dibenarkan. Justeru, menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari Kerajaan Selangor akan menyalurkan bantuan RM500 kepada setiap peniaga yang terjejas […]

Trending Sat, 16 Dec 2017

Rogol anak kandung, peniaga dipenjara 18 tahun

Peniaga berusia 50 tahun dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di Johor Baharu atas tuduhan merogol anak kandungnya berusia 10 tahun,

Featured Fri, 14 Nov 2025

“Pakaian Ketat Melekat, Singkat & Terbuka”- Ustazah Asma’ Harun Tegur Kumpulan Dolla, Dakwa Makin Ghairah & Memalukan

“nikah yang kita banggakan sebagai wajah seni hiburan negara kita ? Dolla, tolonglah berubah” – Asma’ Harun

Trending Thu, 15 Mar 2018

Gurauan Makan Babi Cetus Kemarahan Ramai, Wanita Ini Tampil Mohon Maaf

Video yang dimuat naik oleh Arsy Hallawi, seorang wanita berhijab penuh sedang menikmati hidangan makan tengahari iaitu daging ‘babi’ bersama roti, semalam, telah mencetuskan kemarahan umat Islam, bukan saja di kalangan rakyat di negara kelahirannya Indonesia bahkan Malaysia juga serata dunia.

Featured Tue, 24 May 2022
error: Content is protected !!