Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 24, 2024 @ 12:47pm

Syamsul Yusof Didakwa Makin ‘Handsome’, Puteri Sarah Komen: “Kenapa? Masalah Aku Ke?”

Pelakon popular, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin sekali lagi menjadi perhatian apabila tampil menerusi sesi live di TikTok baru-baru ini.

Menerusi perkongsian yang tular, Puteri Sarah kelihatan tegas menyuarakan pendapatnya apabila dimaklumkan mengenai penampilan terkini bekas suaminya yang juga pengarah sensasi, Syamsul Yusof.

Kata Sarah, penampillan Syamsul yang dikatakan semakin kacak itu tidak ada kena mengena dengan dirinya.

“Syamsul tambah handsome sekarang? So, kenapa? Masalah aku ke?,” jawabnya ringkas.

Manakala, menerusi hantaran yang berlainan pula, Sarah turut ditanya peminat sama ada dia mahu berlakon bersama Andy Arsyil atau tidak memandangkan kedua-duanya aktif dalam bidang yang sama.

“Sarah tak nak berlakon dengan Andy ke? Sarah tak nak. Saya takut.

“Aku punya muzikal lawak pun kena komen, apa lagi kalau aku berlakon. Tak nak lah aku,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat memberikan pelbagai respons terhadap hantaran berkenaan.

Malah, ada yang berpendapat keputusan Sarah untuk tidak mengambil berat mengenai hal bekas suaminya adalah jalan terbaik untuk ‘move on’.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 1 Jul 2025

Scha Elinnea Luka & Lebam Demi ‘Anak-Anak Mafia’

Scha Elinnea tak serik berlakon babak aksi

Featured Wed, 5 Mar 2025

[VIDEO] Kongsi Karakter 4 Anak, Ibu Mengaku Syed Saddiq Kuat Membebel?

ibu kepada Ahli Parlimen Muar ini berkongsi karakter empat orang anaknya iaitu, Sharifah Amani, Syed Salleh, Syed Abdullah dan Syed Saddiq.

Trending Wed, 20 Jan 2021

“Alhamdulillah, My Super Yam” – Fizo Omar Bersyukur Anak Kini Bebas Covid-19

Umum mengetahui, pada 5 Januari lalu pelakon, Fizo Omar mendedahkan bahawa bekas isterinya, Mawar dan anaknya Maryam telah disahkan positif COVID-19. Namun, menerusi hantaran Instagramnya hari ini, Fizo memaklumkan berita gembira apabila anaknya, Maryam kini […]

Hiburan Mon, 10 Sep 2018

Ariana Grande Tutup Ruangan Komen Instagram?

Difahamkan, Ariana dikatakan masih menahan kesedihan apabila mengetahui mengenai kematian bekas kekasihnya itu…

error: Content is protected !!