Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain June 1, 2022 @ 5:16pm

Muaz Buletin FM Sahut Cabaran ‘Muaz Kasi Jadi Penyampai Berita’

Buletin FM menampilkan cabaran ‘Muaz Kasi Jadi Penyampai Berita’ sebagai kesinambungan kepada kempen Pencarian Wajah Baharu Buletin TV3 sempena sambutan ulang tahun ke-38, sejak 19 Mei lalu.

Muaz yang juga merupakan penyampai radio stesen tersebut menyahut cabaran ini kerana minat dan keterujaannya untuk menjadi pembaca berita.

Namun, pelbagai inisiatif dan dorongan juga diberi untuk membantu Muaz merealisasikan impiannya sebagai pembaca berita yang berkaliber.

“Antaranya, penampilan khas Jay Jamalina iaitu pembaca berita radio ‘senior’ yang melatih Muaz sebagai pembaca berita televisyen (TV).

“Tidak ketinggalan, Zainal Ariffin Ismail dan Azmi Aziz, bekas pembaca berita dan pengacara TV3 yang memberi tunjuk ajar, tip dan dorongan kepada Muaz.

“Lebih membanggakan, Ketua Pengarang, Jabatan Berita & Ehwal Semasa, Rangkaian TV Media Prima Berhad (MPB), Kamaruddin Mape,” katanya

Selain itu, Izwan Azir dan Hawa Rizwana Redzuan turut memberi sokongan dan kata-kata semangat bagi menjayakan cabaran tersebut.

Berkongsi mengenai pengalamannya, Muaz mengakui cabaran ini memberikan pengalaman yang cukup manis buat dirinya.

“Perjalanan untuk sesi ‘mock run’ dengan berjumpa sifu pembaca berita paling manis. Walaupun ada rasa gugup, tapi Muaz cuba lawan.

“Muaz sentiasa disokong Izwan, Jay dan pasukan Buletin FM. Tiada yang mustahil untuk kita buat walaupun kita sedar, hendak baca berita di Buletin TV3 bukannya mudah. Namun, usaha dan pengalaman boleh terhasil,” katanya.

Terdahulu,  Muaz pernah dicabar menerusi Muaz Kasi Jadi untuk menjadi menyanyi di pentas Hot Kool Jam, Jom Heboh pada 2019.

Justeru itu, kepada semua peminat Buletin FM anda boleh saksikan perjalanan dan video penuh Muaz Kasi Jadi Pembaca Berita di YouTube rasmi Buletin FM.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 27 Sep 2022

“Rasa Nak Muntah, Ada Masalah Hati…” – Stacy Tegur Individu Dalam Industri Tak Matang… Siapa Tu?

Alamak, apa kes ni? 🫢 Jarang jarang min tengok Stacy marah ni 😰 Apapun, moga dipermudah segala urusan 😊

Hiburan Mon, 4 Jun 2018

Nora Danish Sedih Netizen Kutuk Baby Ney Ney Lagi!

Status selebriti bukan bermaksud dia perlu menerima dan menelan apa yang dikatakan oleh netizen tentang dirinya atau keluarga. Kerana, beliau juga mempunyai perasaan sama seperti orang lain malah lebih beremosi dan sensitif kerana beliau adalah orang seni

Hiburan Thu, 28 Dec 2017

Ingin Mahu Rehatkan Diri Sebentar

“Tidak Merajuk, Hanya Mahu Rehatkan Diri Sebentar”

Trending Sat, 22 Jun 2019

Insiden Jari Kanak-Kanak Tersepit Pada Eskalator Pasar Raya

Hati-Hati, Tular Gambar Ngeri Insiden Jari Kanak-Kanak Tersepit Pada Eskalator Pasar Raya

Hiburan Wed, 28 Feb 2018

Nur Sajat Has Her Own Show!

The lady has been the icon of controversy for the longest of time now but that does not mean her influence isn’t strong. Now, she has even has her own reality show!

Trending Sun, 12 Aug 2018

天生体质「比较敏感」易遇好兄弟体质5特征

什么样体质的人最容易接触到不同空间的众生?可以从手相和面相去看,拥有以下提到特征,个性或是体质较敏感,容易会遇到「鬼」!

Hiburan Wed, 30 Oct 2019
error: Content is protected !!