Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi June 2, 2022 @ 7:12pm

[VIDEO] “Melampaunya Sampai Pegang Macam Tu” – Netizen Kecewa Hisyam Hamid Buat Aksi Dukung, Didakwa Tak Jaga Perasaan Isteri

Pelakon jejaka hero Malaya, Hisyam Hamid menerima tohmahan yang teruk oleh netizen selepas satu video yang memaparkan aksi Hisyam mendukung heroin drama tersebut tular di media sosial.

Menerusi sebuah video yang berdurasi 16 saat itu memperlihatkan Hisyam dan pelakon baharu, Scha Elinnea dalam satu babak mesra di mana Hisyam memegang pinggang dan mendukung aktres tersebut sehingga mengundang kritikan orang ramai.

 

Bagaimanapun, video tersebut telahpun dibuang oleh Hisyam di akaun Instagram miliknya. Namun, ada netizen yang sempat memuat naik video berkenaan di akaun TikTok sehingga tular.

Ruangan komen video berkenaan dibanjiri dengan komen-komen mengecam tindakan Hisyam yang dianggap tidak wajar dan digelar seorang suami yang tidak menjaga perasaan isterinya.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen turut berkata Hisyam adalah Zul Ariffin 2.0, susulan video babak panas aktor tersebut dengan pelakon baharu, Siti Hariesa yang turut menerima tohmahan netizen pada Mac lalu.

Video tersebut telahpun meraih sebanyak lebih 400,000 tontonan, 29,000 tanda suka dan 600 komen.

Drama Kerana Aku Isteri Bidaan lakonan Hisyam Hamid, Scha Elinnea, Lydiawati, Dato’ Jalaludin Hassan dan ramai lagi di slot Samarinda pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 10 malam di TV3.

Artikel Berkaitan: Sekian Lama Berdiam Diri, Siti Hariesa Tampil Jawab Isu Babak Intim Bersama Zul Ariffin – “Saya Tidak Menyesal Kerana..”

Artikel Berkaitan: Mengaku Bersalah Kongsi Video Aksi Dukung Dengan Siti Hariesa, Zul Ariffin Mohon Maaf

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 10 Apr 2018

Dikatakan Lari Daripada Masalah, Fatin Afeefa Bercuti Ke Luar Negara?

Adakah dia melarikan diri daripada masalah ataupun sekadar mencari ketenangan?

LIFESTYLE Thu, 9 May 2019

This Hotel Offers Special Exercise Courses & Spa Treatments for Overall Wellbeing

Bringing a new type of health and wellness in a getaway.

Trending Wed, 10 Jun 2020
Hiburan Wed, 26 Nov 2025

Aura Positif Bapa Tiri Buat Shila Amzah Yakin, Syukur Ibu Akhirnya Jumpa Kebahagiaan

Shila Amzah teruja jadi pengawas kisah cinta ibu dan suami baharu

Trending Sat, 21 Dec 2019
Featured Mon, 4 Jul 2022

Didakwa Guna Kecantikan Untuk Terkenal, Ini Respons Anna Jobling Mengenai ‘Beauty Privilege’

Amboi, siapa yang cakap Anna guna kecantikan untuk raih populariti ni? Min suka response Melur ni, terbaikk!

Featured Wed, 14 Dec 2022
error: Content is protected !!