Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 26, 2025 @ 12:49pm

Aura Positif Bapa Tiri Buat Shila Amzah Yakin, Syukur Ibu Akhirnya Jumpa Kebahagiaan

Penyanyi, Shila Amzah meluahkan rasa teruja apabila urusan perkahwinan kali kedua ibunya, Fauziah Sarman bersama pilihan hati, Brigeder Jeneral Zainal Abidin Muhammad Salleh, 55,  dipermudahlan olehNya.

Shila atau nama lengkapnya, Nurshahila Amir Amzah, 35, mendedahkan dia dan suami, Ubaidillah MZ tanpa sedar telah menjadi ‘pengawas’ dalam kisah cinta ibunya itu.

“Alhamdulillah, saya sangat gembira. Benda yang tak dijangka. Saya dan Ubai macam jadi pengawas mak saya.

“Kami lebih kepada ‘jangan lama-lamalah ya kalau macam ini’. Tiba-tiba saya pula rasa macam jadi mak, kelakar bila fikir balik,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, pelantun lagu Jauh Hati ini turut memaklumkan perkenalan ibunya bersama suami baharu itu berlaku dalam tempoh yang singkat, sama seperti kisah cinta Shila dan Ubai.

“Perkenalan mereka singkat, sama seperti saya dan Ubai. Dari kawan, tak tunggu lama terus ajak kahwin. Mak saya pun lalui benda sama,” katanya.

“Orang kata, kalau dah tua biarlah dengan anak-anak. Tapi untuk mereka yang kata macam tu, anak-anak pun ada hidup sendiri, takkanlah mak kita nak duduk sorang-sorang.

“Jadi biarlah pada usia berapa pun, mereka tetap berhak untuk mengecapi bahagia,” katanya.

Sementara itu, Shila mendedahkan dia dapat merasakan aura positif sebaik sahaja bertemu pertama kali dengan bapa tirinya.

“Bila kali pertama jumpa Baba, dia ada aura. Orang kata kalau kita dah tempuh macam-macam sebelum ini, sekali pandang dah tahu.

“Baru beberapa hari tapi dia sangat gembira. Selepas apa yang berlaku sebelum ini, dia sukar untuk jatuh cinta. Bila diberi peluang kedua, saya harap mereka saling melengkapi,” katanya.

Imbas kembali, Fauziah dan Zainal mendirikan rumah tangga pada 22 November 2025 dalam satu majlis.

Untuk rekod, Fauziah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Datuk ND Lala pada tahun 1989 dan bercerai selepas 34 tahun berkahwin.

Selain Shila, mereka juga dikurniakan tiga orang cahaya mata lain iaitu Amir Syafiq, Amir Syahir dan Syada.

Artikel Berkaitan: “Dia Suka Bagi Pickup-Line” – Tertarik Dengan Senyuman, Ibu Shila Amzah Dedah Detik Jatuh Hati Dengan Suami Baru

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Mon, 18 Dec 2023
Events Mon, 21 Jul 2025

Kes Bunuh Zayn Rayyan: Bapa Dilepas, Ibu Diminta Bela Diri

Update terkini insiden pembunuhan adik Zayn Rayyan.

Featured Fri, 10 Nov 2023
Hiburan Tue, 8 Jul 2025

Riena Diana ‘Sejuk Hati’ Ramai DM Minta Maaf

Riena Diana hampir deactivate akaun Instagram

Hiburan Tue, 5 Dec 2017

LILLY SINGH’S REACTION IN MEETING BTS AT THE AMA IS FTW!

Being the superwoman that she is, she then headed for the 2017 AMA to spread some good vibes of love and positivity, and of course to sing and dance along to all the fiery performances.

Featured Sat, 15 Jan 2022

“Wife Cantik Macam Janna Nick” – Kejelitaan Isteri & Anak Yassin Senario Curi Perhatian

Mungkin nama pelawak dan pelakon, Yassin Senario sebelum ini jarang diperkatakan sehinggalah beliau terlibat dalam sebuah program nyanyian popular baru-baru ini. Terbaharu, viral di TikTok sebuah video berdurasi 15 saat menunjukkan Yassin bersama isteri dan […]

Hiburan Thu, 10 Jul 2025
Featured Fri, 7 Jul 2023

Aksi Wanita Menari Gelek Depan Orang Ramai, Caprice Tampil Bersuara

Baru-baru ini, tular di laman media sosial TikTok seorang wanita sakan menari gelek semasa menjadi penonton di sebuah rancangan nyanyian televisyen. ARTIKEL BERKAITAN: Menari Gelek Depan Orang Ramai… Aksi Wanita Ini Dikecam, Netizen Dakwa Tiada […]

Featured Sun, 27 Mar 2022
Hiburan Tue, 11 Sep 2018

Empat Calon DJ Suria FM Tercalon Dalam Kategori Penyampai Radio Popular

Berkongsi keterujaan, Fizi berkata, pencalonan dalam ABPBH sangat penting dalam membantu meningkatkan kerjaya termasuk dalam aspek imbuhan.

error: Content is protected !!