Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 8, 2025 @ 12:26pm

Riena Diana ‘Sejuk Hati’ Ramai DM Minta Maaf

Pelakon, Riena Diana meluahkan rasa lega selepas menerima permohonan maaf daripada beberapa individu yang sebelum ini meninggalkan komen negatif terhadap dirinya di media sosial.

Menurut Riena, tindakan tegasnya sebelum ini ternyata membuka mata segelintir netizen yang akhirnya menghubunginya secara peribadi untuk meminta maaf.

“Bila saya marah macam tu, baru makcik, kakak TikTok yang komen tu semua DM saya minta maaf. Memang saya koyak, tapi sebab diorang dah minta maaf, jadi bagus… tetapi jangan buat lagi,” katanya menerusi video dimuat naik di Instagram Story (IGs).

Riena turut menegaskan bahawa dirinya bukanlah jenis yang mudah melatah, namun enggan terus berdiam diri apabila dihina dan dilabel tanpa usul periksa.

“Bila saya kasar kata tak boleh, terus dilabel artis kurang ajar. Tapi netizen kurang ajar tak apa pula?” luahnya lagi.

Ujar Riena, dia hampir mengambil keputusan untuk menyahaktifkan akaun IG kerana terlalu tertekan, namun menarik semula niat itu selepas menerima respons positif daripada netizen yang tampil memohon maaf.

Terdahulu, Riena pernah menyatakan kesediaan untuk memfailkan saman terhadap individu yang menyebarkan fitnah serta tohmahan terhadap dirinya, sebagai pengajaran agar perkara sama tidak berulang.

Artikel Berkaitan: Riena Diana Hilang Sabar, Tempelak Netizen Mulut Celupar – “Saman Nanti Baru Nak Gelabah!”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 14 Mar 2023
Featured Fri, 9 May 2025
Hiburan Mon, 14 Oct 2019
Featured Sat, 21 Jun 2025
Hiburan Wed, 21 Mar 2018

李幸倪6月首踏红馆开唱「想要周杰伦当嘉宾」

Gin李幸倪自从加入环球唱片后,先后推出《beGin》和《Live In The Moment》,以及凭着多首冠军作品横扫多个奖项,各方面均获得佳绩!日前唱片公司宣布,李幸倪将于今年六月迎来人生首个红馆演唱会,一圆多年梦想!

Featured Tue, 29 Nov 2022
Trending Tue, 27 Jun 2023
Hiburan Sat, 31 May 2025
Featured Thu, 22 Dec 2022

Sempena Anniversary Perkahwinan Ke-2, Ikmal Amry Beri Hadiah Volkswagen Pada Isteri

Pelakon Ikmal Amry menghadiahkan isteri tercinta, Najla Samshul sebuah kereta jenama Volkswagen sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang kedua. Menerusi hantaran tersebut, Ikmal mendedahkan dirinya telah bekerja keras untuk membeli kereta ini dan turut […]

Hiburan Thu, 15 Mar 2018

4 New Celebrities Will Be Added into Running Man

4 new members will be added into Running Man’s team!

error: Content is protected !!