Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 31, 2025 @ 12:02pm

Ejen Ali The Movie 2 Raih RM21.9 Juta, Tawan Musim Cuti Sekolah

Sambutan hari pertama cuti sekolah semalam menyaksikan kehadiran luar biasa apabila lebih 200,000 penonton membanjiri pawagam seluruh negara bagi menyaksikan filem animasi tempatan, Ejen Ali The Movie 2 (EATM2).

Filem arahan Usamah Zaid itu terus mencipta kejutan apabila berjaya meraih kutipan RM21.9 juta dalam tempoh hanya lapan hari tayangan, dengan jumlah penonton mencecah 1.4 juta orang setakat semalam (29 Mei).

Tinjauan di beberapa lokasi pawagam mendapati suasana meriah dengan kehadiran keluarga yang datang seawal pagi, sebahagiannya telah menempah tiket lebih awal bagi memastikan tempat untuk menonton filem animasi penuh aksi itu.

Bukan sekadar menonton, kanak-kanak turut terhibur dengan pelbagai aktiviti sampingan yang dianjurkan di pawagam terpilih seperti sesi mewarna, pertemuan bersama maskot Ejen Ali dan jualan barangan eksklusif edisi terhad yang mendapat sambutan hangat.

EATM2 dilihat terus mengungguli carta tayangan sempena musim cuti sekolah, hasil penceritaan menarik yang menyentuh emosi penonton dengan mesej persahabatan, pengorbanan dan nilai kekeluargaan, selain sarat dengan aksi mendebarkan.

Filem ini dianggap sebagai pilihan terbaik untuk ibu bapa yang ingin meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak, menerusi kandungan yang bukan sahaja menghiburkan, malah membawa nilai-nilai murni.

Dengan pawagam kini seolah-olah bertukar menjadi ‘markas ejen’, para peminat digalakkan meneruskan misi hujung minggu ini bersama keluarga.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 3 Mar 2024
Hiburan Thu, 22 Sep 2022
Hiburan Tue, 16 Oct 2018

OMG! Wawa Zainal Panik Accident Atas Air?

Walaupun tidak mengalami kecederaan serius, gambaran dalam video yang dikongsi Aeril itu membuatkan netizen berdebar menontonnya.

Hiburan Thu, 15 Aug 2019

Betul Ke Reza Rahadian Aktor Nombor Satu Di Indonesia?

Kata Reza, ‘Saya tidak pernah rasa…

Trending Thu, 6 Dec 2018

Gesekan Biola Tun Siti Hasmah Iringi Konsert Duo Jamal Dan M. Nasir. Wow!

Tun Siti Hasmah khabarnya giat menjalani latihan!

#tilljannah Wed, 7 Dec 2022

Sweet! Netizen Puji Cara Eboy Arbaain Jawab Soalan Asyallie Ahmad -“Suka Tengok Cara Suami Dia Bercakap…”

Baru-baru ini pempengaruh, Asyallie Ahmad atau lebih dikenali sebagai Asya memuat naik sebuah perkongsian di laman TikToknya sehingga berjaya meraih perhatian ramai. Menerusi hantaran tersebut, Asya sedang meluahkan perasaannya kepada suaminya iaitu Eboy Arbaain yang […]

Featured Thu, 19 Sep 2024

Henti Spekulasi Isu Rumah Tangga Fazura, Fattah – Pengurus

Jadi, faham-faham lah ek wahai netizen. Pengurus Fazura dah beri respons tu😪

error: Content is protected !!