Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd December 6, 2020 @ 2:26pm

Vokal Mania: Lan, Indah & Aina Tewas Di Tangan Rookie, Ini Senarai Keputusan Episod 6!

Konsert keenam Vokal Mania telah berlangsung dengan meriah pada malam tadi.

Ia menyaksikan persembahan mantap dari empat idol iaitu Aina Abdul, Indah Ruhaila, Tomok dan Lan Solo bersama empat orang rookie, Zetty Rashid, Daus Husny, Eranzz Lambert dan Erin.

Menyaksikan dua persembahan iaitu solo dan battle, idol dan rookie masing-masing tampil dengan kehebatan tersendiri.

IDOL 1- ROOKIE 3

Program yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Azira Shafinaz itu dimulakan dengan persembahan daripada rookie, Eranzz.

Persembahan Eranzz mendapat tempat di hati kedua juri kerana vokalnya yang mantap dan melayakkannya memenangi  pusingan battle bersama Aina Abdul.

Seterusnya, adalah persembahan daripada rookie, Erin yang dilihat mempunyai suara yang lunak namun gagal menonjolkan personaliti yang menyerlah. Beliau tewas di tangan Tomok pada pusingan battle.

Persembahan rancak rookie Daus Husny turut berjaya mencuri hati juri sekaligus melayakkan beliau untuk memenangi pusingan battle bersama Indah.

Persembahan terakhir adalah persembahan Zetty Rashid penuh berkeyakinan dan melayakkan beliau untuk memenangi pusingan battle bersama idol yang dianggap seperti abangnya sendiri iaitu Lan Solo.

Bagi episod ini, Gelaran Rookie Star Award telah menjadi milik Daus Husny.

Peratusan undian Rookie Star Award adalah berdasarkan 70 peratus daripada undian awam, dan 30 peratus daripada penilaian juri tetap.

Berikut merupakan kedudukan idol dan rookie berdasarkan format pemarkahan oleh juri profesional, Misha Omar bersama Yusry Abdul Halim dan undian online beserta komen:

KEDUDUKAN IDOL

#1 Lan Solo

Solo: Tak Ada Logika

Battle VS Zetty Rashid : Makhluk Tuhan Yang Paling Seksi

Yusry: Lan, kita tahu awak vokalis yang power.

Misha: For the first time, pertama kali saya tengok awak tumpul. Ada satu tempat yang macam patutnya awak ke depan tapi ke belakang.

#2 Aina Abdul

Solo: Reflection

Battle VS Erranz: Isabella

Misha: Aina, what a great comeback. It was one of my favourite songs. After taking a break, nampak mcm distracted. Kita rasa ada moment dia patut hold tapi terlepas. Tapi untuk duet ni tak tahu nak kata apa.

#3 Indah Ruhaila

Solo: It’s a Man’s Man’s World

Battle VS Daus Husny:  Without You

Yusry: Indah, what a great performance. Well balanced.

#4 Tomok

Solo: Aku Cinta Padamu

Battle VS Erin: Bagaikan Sakti

Yusry: Tomok, you’re smart. You’re always original and always entertaining.

KEDUDUKAN ROOKIE

#1 Daus Husny

Solo: Hati

Battle VS Indah: Without You

Yusry: Daus, you did a good job delivering ballad. Key was harder.

Misha: Kak Mish tak sangka Daus boleh mengisi lagu ini. Saya nampak Daus tak berputus asa. Sebab kita bileh demotivated, distracted. Hilang fokus. Congrats to you Daus.

#2 Erin

Solo: Perasaan

Battle VS Tomok: Bagaikan Sakti

Yusry: Erin, you’re a good singer. Tapi tak tahu presence kadang kadang macam sekejap hilang.

Misha: You are a good singer tapi nak keluarkan personaliti susah. Suara tak boleh berdiri sendiri kena didukung elemen lain. Kalau nak jadi penyanyi kena up lagi.

#3 Eranzz

Solo: Dahsyat

Battle VS Aina: Isabella

Yusry: There’s nothing to complain about.

Misha: Kak Misha rasa untuk performance solo tadi dia terlalu besar. Sebagai penyanyi kita perlu letak graf. Nyanyian, arrangement baru seiring.

#4 Zetty

Solo: Peluang Kedua

Battle VS Lan Solo: Makhluk Tuhan Paling Seksi

Misha: Zeti, I must give credit to you.

Yusry: You got a really powerful vocal

Jadi, jangan lupa undi peserta kegemaran korang di www.xtra.com.my/vokalmania dan saksikan Vokal Mania episod minggu hadapan, pada Sabtu, pukul 9 malam, di TV3!

Vokal Mania ini juga boleh ditonton strim langsung secara HD di YouTube TV3 Malaysia dan tonton.com.my ATAU menerusi LIVE TV di www.xtra.com.my/livetv dan layari www.xtra.com.my dan laman media sosial TV3 Malaysia untuk info lanjut.

Rancakkan perbualan di media sosial dengan menggunakan tanda pagar #vokalmania.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 31 Jan 2026

Tahniah! Shuib, Watie Bakal Terima Kehadiran Anak Perempuan

Tahniah, Shuib dan Watie bakal dapat baby girl!

Featured Sun, 8 Dec 2024

“Modeling Bukan Dunia Saya Lagi”- Zahnita Wilson Tolak Tawaran Bernilai RM150,000

Saya mahu beri tumpuan pada bisnes pie dan anak-anak, bukan di pentas modeling lagi” -Zahnita

Hiburan Fri, 30 Jun 2023
Trending Wed, 7 Nov 2018

Tukul Gergasi 453 kg Tepi Jalan Boleh Hilang, Biar Betul?

Arca tukul gergasi seberat 453 kilogram didapati hilang tetapi tiada kesan diambil .. masalahnya siapa yang mengambilnya

Featured Tue, 5 Oct 2021

Hotel Terkemuka Di Langkawi Diarah Tutup Sementera Selepas 59 Pekerja Positif COVID-19

Berikutan seramai 59 kakitangan dikesan positif COVID-19, sebuah hotel terkemuka di Langkawi diarah tutup sementara. Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, Dr Othman Warijo, penularan jangkitan berkenaan dilaporkan sebagai Kluster Dah Teluk Nibung yang […]

Featured Sun, 18 Dec 2022
Events Tue, 25 Mar 2025

Blood Brothers Gegar Absolut Bazaar, Peminat Teruja Bertemu Barisan Pelakon Popular

Sharnaaz terharu melihat sokongan luar biasa peminat terhadap filem ini,

error: Content is protected !!