Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 20, 2022 @ 7:40pm

Pelakon Remaja Nafi Bercumbu Dan Berpelukan – “Itu Bukan Saya! Mak Akan Ada Sekali Kemanapun Saya Pergi”

Pelakon remaja, Qistina Raisah, menafikan dia adalah selebriti yang didakwa berkelakuan kurang manis dalam sebuah video yang sedang tular di media sosial.

Menganggap tindakan invidu tersebut sebagai tidak bertanggungjawab, Qistina atau nama sebenarnya, Nur Qistina Raisah Mohd Kamarol, 14, tampil menepis dakwaan terbabit.

“Saya ingin jelaskan, saya tidak kenal siapa individu dalam video itu, malah saya tidak tahu yang cuba dilakukan oleh pemilik rakaman tersebut.

“Apa motif dia memuat naik video berkenaan? Tetapi, itu bukan saya! Saya tampil membuat penjelasan ini kerana ada komen bertanya: ‘Adakah ini budak yang lupa password telefon?’.

“Saya tidak tahu mengapa nama saya dikaitkan, sedangkan individu dalam video tersebut bukan saya,” katanya.

Tegasnya, dia tidak pernah keluar tanpa ditemani oleh ibunya malah, ahli keluarga juga tahu siapakah gerangan rakan-rakan beliau.

“Saya kalau pergi mana-mana, mesti ada emak sekali. Anda jangan risau, kalau pun nanti terserempak, saya pandai jaga diri lebih-lebih lagi apabila di depan khalayak.

“Saya masih ada emak dan ayah, malah mereka tahu apa yang saya buat. Kalau nanti orang nampak saya pergi ‘dating’, jangan risau kerana emak mesti ada sekali,” jelasnya.

Pelakon drama rantaian Camelia itu juga sempat menitipkan pesanan buat individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkan video terbabit supaya berhenti menyebarkan fitnah ke atas dirinya.

“Untuk pemilik video yang sebar dan sesiapa yang komen, jangan buat fitnah kerana takut orang lain yang baca akan mempercayai dan menyebarkannya.

“Saya tidak mahu ia menjadi fitnah sebab kita tidak tahu siapa sebenarnya individu dalam video tersebut,” katanya.

Terdahulu, Qistina terpalit dengan isu kontroversi melibatkan dirinya selepas sebuah video tersebar di laman sosial TikTok menunjukkan sepasang remaja sedang berkelakuan ‘mesra’ di khalayak ramai.

 

Sumber: Mstar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 3 Mar 2020
Hiburan Sun, 23 Sep 2018

Tulis Kapsyen Sedih Di Instagram, Zara Zya Patah Hati?

Zara enggan mengulas lanjut tentang status hubungan mereka kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan. Sabarlah Zara…

Trending Fri, 21 Sep 2018

Got mouth ulcers? Try these 5 home remedies proven to relieve those painful sores FAST!

Fact: Mouth Ulcers are more commonly found in women than men!

Featured Fri, 25 Jul 2025

Nama Baik Tercalar Akibat Isu Rumah Tangga, Miera Leyana Mohon Bekas Madu ‘Move On’

Pelakon Miera Liyana seakan sudah bosan dengan tindakan bekas madunya, Adibah Abdul Mutalib.

Trending Tue, 4 Aug 2020
Featured Mon, 1 Oct 2018

Menurut Kajian Makmal, Teh Hijau Mampu Halang Sel Kanser Untuk Terus Aktif

Teh hijau membantu memulih dan memperbaharui sel yang telah dicemari sel kanser.

Hiburan Fri, 13 Sep 2019

Penat Cari Jodoh, Raline Shah Akhirnya…

Wah…siapa agaknya jejaka yang bertuah itu ya?

error: Content is protected !!