Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin August 4, 2020 @ 10:00am

Kedah Laksana Semula PKPD Hingga 30 Ogos Ini

Hanya empat mukim di Kedah sahaja dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran dengan semua masjid dan rumah ibadat ditutup bagi aktiviti keagamaan termasuklah solat Jumaat.

Manakala, 7,000 penduduk kawasan berkenaan akan disaring selepas penularan kes kluster Sivagangga.

Solat jemaah hanya dihadiri 3 orang sahaja

Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, solat jemaah pula hanya dibenar dihadiri tiga individu sahaja.

” Mengambil kira 11 kes baharu yang berpunca daripada kluster Sivagangga di Kedah membabitkan empat mukim, kerajaan negeri memohon untuk melaksanakan PKPD secara pentadbiran dalam radius satu kilometer dari Restoran Nasi Kandar Salleh, Pekan Napoh di mukim Hosba, Kubang Pasu.

” Selain itu, ia juga membabitkan Kampung Pida Satu, Megat Dewa di mukim Ah; Kampung Bendang Dalam (mukim Binjal) dan Kampung Ulu, Padang Sanai (Padang Terap).

Pelaksanaan PKPD ini juga termasuklah mengguna pakai SOP, sedia ada dengan tambahan sekatan jalan raya di setiap laluan keluar masuk dan penutupan beberapa jalan utama.

Kebebasan bergerak akan disekat sekiranya…

Dalam sidang media harian MKN pada Isnin, Ismail Sabri turut memaklumkan sekiranya kes didapati meningkat maka, kebebsan bergerak mungkin boleh disekat .

“ Kebebasan bergerak kita mungkin boleh disekat apabila kes meningkat dengan mendadak dan perkara sama boleh berlaku di tempat lain,” katanya.

Terdahulu, pelaksanaan semula PKPD di empat mukim di Kedah ini mendapat kelulusan dari Mesyuarat Khas Menteri-Menteri  yang akan berkuatkuasa sehingga 30 Ogos ini.

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Mon, 3 Mar 2025

“Susah Mana Perjalanan Anda Nak Jadi Baik, Jagalah Sembahyang… Kerana Solat Itu Tiang Agama”- Amira Othman

“Saya memang tak baik, saya penuh dengan dosa. Tapi, saya berpegang kepada solat”- Amira Othman

Featured Wed, 7 Jun 2023
Featured Wed, 5 Jul 2023
Trending Fri, 2 Jul 2021

Peserta Vokal Mania Zareef Sein Kini Tampil Dengan Single Cinta Syurgaku

Muhammad Zareef Hussein Anwar Hussein atau nama pentasnya Zareef Sein merupakan pendatang baru dalam dunia seni suara tanah air. Penyanyi yang berasal dari Kuala Lumpur ini mula mengasah bakat nyanyiannya seawal usia 13 tahun dan […]

Cahaya Mata Wed, 7 Jun 2023
Hiburan Tue, 2 Jul 2024
Trending Mon, 4 May 2020
error: Content is protected !!