Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 7, 2023 @ 5:35pm

Mengaku Semua Impian Dah Tercapai, Neelofa Impi Jadi Guru Mengaji – “Biar Tak Ajar Ramai, Tapi…”

Usahawan selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor mengaku bersyukur apabila semua hajatnya dipermudahkan, malah rata-rata impiannya juga sudah tercapai di usia 34 tahun.

Perkara itu dikongsi Neelofa atau lebih mesra dengan panggilan Lofa menerusi hantaran di akaun TikTok rasmi produk dibawah jenamanya.

Menurut Lofa, antara pekerjaan yang ingin dilakukannya adalah belajar dan mengajar orang mengaji al-Quran.

“Alhamdulillah, banyaklah yang tercapai mimpi-mimpi, impian tu. Tapi yang tak tercapai lagi kalau pekerjaan yang saya nak buat lah adalah belajar dan mengajar al-Quran.

“Dan saya nak lah reti belajar mengaji dan ajar mengaji pula… Itu impian saya,” katanya.

Mengulas lanjut, calon Pengacara TV Popular Anugerah Berita Harian ke-36 (ABPBH36) ini memaklumkan, bilangan anak murid yang belajar mengaji bukanlah target untuknya memenuhi impiannya itu melainkan dapat mengajarkan ilmu al-Quran kepada yang lain.

“Walaupun tak mengajar mengaji ramai orang, ajar mengaji beberapa orang pun cukup lah sekadar memenuhi impian tu. Sekadar boleh , ada kemampuan untuk mengajar mengaji, jadi doa-doakan,” katanya.

@nunha.co MasyaAllah semua cita cita dah tercapai! Tapi ada satu lagi, nak jadi guru ajar mengaji. InsyaAllah one day tercapai cita cita @neelofa ♬ original sound – Innai Nunha HQ

 

Menerusi video sama, suami kepada Neelofa iaitu Haris Ismail atau lebih mesra dengan panggilan PU Riz mengaku bahawa segala impian dan cita-citanya isterinya itu sudah pun tercapai.

“Rasanya dah tercapai dah semua cita-cita dia ni. Yang tak tercapai… tak tahulah, rasanya macam semua dah sempurna, tak tahu apa lagi yang tercapai.

“Tapi kalau mungkin ada, mungkin Neelofa mahu memperbanyakkan ilmu dan juga konsistensi kepada ilmu pelajaran agama,” jelasnya.

Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi lebih satu minit itu telahpun meraih lebih 200,000 tontonan dengan dibanjiri pelbagai respons dalam kalangan netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 15 Nov 2022

“Menggelabah Kemas Rumah!” – Prank Ibu Mertua Datang Mengejut, Netizen Terhibur Lihat Gelagat Harris Annuar & Isteri 

Siapa yang akan jadi menggelabah jugak bila ibu/ayah mertua nak datang rumah? 🤣🤣 Comel je pasangan sejoli niii 🤣🤣

Featured Wed, 22 Jan 2025

[VIDEO] Kena Kecam, Warganet Dakwa Sophia Albarakbah Sengaja Tayang Lur*h

Ini bukan kali pertama Sophia tepalit dengan isu sama membabitkan penampilannya.

Hiburan Wed, 25 Oct 2023
Featured Tue, 1 Jul 2025
Hiburan Wed, 11 Jul 2018

Tahniah! Soo Wincci Genggam Ijazah Sarjana Kedua

Tahniah diucapkan kepada Dr Soo Wincci di atas kejayaan yang baru sahaja diraih…

Trending Sun, 26 Sep 2021

“Tolong Faham Keadaan Saya” – Elyana Mohon Peminat Henti Cerita Kisah Pesakit ‘Tewas’ Kerana Kanser

Penyanyi Elyana memohon agar pengikutnya di laman Instagram untuk berhenti bercerita mengenai kisah pesakit yang ‘tewas’ akibat melawan kanser. Mendapat rawatan di hospital selepas sebulan melawan kesakitan, Elyana meluahkan rasa hatinya menerusi sebuah hantaran yang […]

Featured Wed, 11 May 2022
Featured Fri, 20 Jan 2023
Hiburan Wed, 29 Nov 2017

Shuib Tinggalkan Sinar FM Peminat Luah Kesedihan

Peminat Luah Kesedihan Bila Shuib Tinggalkan Sinar FM

error: Content is protected !!