Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 1, 2025 @ 3:05pm

Pesanan & Video L* cah Azlan Komeng Tular, Empunya Badan Respons – “Jarang Jumpa Orang Yang Berani Masuk Neraka”

“Penularan video tentang aku tidak ada bersifat lain selain mahu menjatuhkan, memalukan dan meruntuhkan rumah tangga aku”.

Demikian respons pelakon Azlan Komeng mengenai penyebaran mesej dan video lucah miliknya baru-baru ini.

Kata Azlan, dia tidak terkejut dengan perkara itu kerana tindakan individu berkenaan hanyalah mahu menjatuhkan rumah tangganya selain mempunyai unsur dendam dan tidak puas hati.

“Kenapa nak sorokkan identiti. Aku rasa benda ni berat. Jarang tau jumpa orang yang berani masuk neraka”

“Orang yang berani membuat tindakan ini tidak ada unsur lain, hanya kerana ada unsur dendam dan rasa tak puas hati.

“Isu ni aku kalau tak mengulas pun macam benda yang tak best lah kan. Cuma aku nak cakap orang yang buat tindakan ni dibuat atas sebab dendam dan tak puas hati. Yang sebenarnya aku tak faham juga atas sebab apa dia tak puas hati.

“Ini kerana, sebab apa juga perkara kita sudah berbincang sebelum apa-apa keputusan dan perkara ini juga sudah berlanjutan lebih 6 hingga 7 tahun.

“Dan, sekali lagi penularan video tentang aku tidak ada bersifat lain selain mahu menjatuhkan, memalukan dan meruntuhkan rumah tangga aku,” katanya.

Ketika disoal bagaimanakah reaksinya ketika mengetahui tentang penyebaran mesej lucah tersebut, Azlan atau nama lengkapnya, Muhammad Azlan Kamiran, 48, berkata, dia bersedia kerana sebelum ini juga isterinya, Nur Nilam Ortiz sudah menjangkakan hal sedemikian berlaku.

Malah, dia juga reda dan yakin dengan ujian yang diberikan.

“Bukan sesuatu yang tidak di jangka. Macam orang rumah aku dia lebih awal tahu kerana perkara sebegini tidak mustahil berlaku.

“Dan ini mungkin langkah akhir yang boleh dibuat oleh si Polan. Pada aku, apa lagi teguran dan nasihat yang perlu akau cakap memandangkan kami bukan orang muda lagi dah berumur. Jadi kalau masih lagi tak mampu berfikir aku tak mampu nak bercakap bagi pihak dia.

“Segala perkara yang berlaku, aku terima dengan hati yang redha, yakin bahawa segala ketentuan yang digariskan untuk aku, aku terima,” jelasnya.

Meskipun tenang, Azlan bagaimanapun telahpun membuat laporan polis berhubung penyebaran mesej dan video  lucah berkenaan dan kini sedang menunggu tindakan selanjutnya.

“Untuk aku menghubungi, tiada siapa yang akan mengaku. Dan sebelum ini saya pernah cakap dekat mana-mana podcast aku  minta maaf kalau ada melakukan hati sesiapa.

“Aku tidak mahu ada apa-apa hubungan yang lebih serius daripada isteri. Untuk aku, aku dah jelaskan kepada semua pihak.

“Apa lagi yang aku nak cakap, tapi kenapa dia memilih untuk membuka aib itu.

“Saya tahu siapa yang lakukan ini malah saya sudah buat laporan polis tunggu saja tindakan seterusnya,” ujarnya.

Sumber:mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 26 Aug 2019
Hiburan Wed, 30 Jul 2025

Buka Cerita Zaman Sekolah, Ayda Jebat Dedah Pernah Diganggu Kakak Senior – “Dia Siap Warning Jangan Layan Orang Lain…”

Ayda berkata peristiwa diganggu lesbian itu menyebabkan dia mengalami gangguan mental.

Featured Fri, 28 Dec 2018
Featured Fri, 24 Sep 2021

BKP RM500 Bakal Disalurkan Kepada Penerima Bermula…

Menerusi pakej PEMULIH, Bantuan Hilang Pekerjaan (BKP) bernilai RM500 akan disalurkan kepada mereka yang hilang punca pendapatan. Menurut kenyataan terkini oleh Timbalan Menteri Kewangan 1, YB Shahar Abdullah : “Bantuan kehilangan pendapatan atau (BKP) sebanyak […]

Hiburan Mon, 14 Oct 2019

Jerebu Terburuk Di Kota Palembang

Jarak Penglihatan Kurang 150 Meter

Trending Mon, 30 Jul 2018

Bekas Mak Nyah Berhijrah Cari Jodoh Usahawan

Mohd Khariri berkata dia kini dilantik sebagai pembantu mutawif oleh sebuah agensi pelancongan untuk membimbing mana-mana golongan transgender yang berhasrat menunaikan ibadah umrah di Mekah.

Featured Mon, 9 Jan 2023

[VIDEO] Aeril Zafrel, Wawa Zainal Komen Isu Kahwin Lagi – “Jangan Kau Mengundang, Nanti Penyondol Datang..”

Alamakk, isu sensitif ni. Bak kata Wawa semua orang tengah emo isu kahwin dua, tak pepasal kan dah kena marah tuu 🤣🤣🤪

Hiburan Wed, 18 Apr 2018

‘Tak Mungkin Anak Saya Selfie Ketika Majlis Pengebumian’ – Ibu Zahirah

Sebagai ibu, beliau percaya Zahirah sudah cukup dewasa untuk melakukan sesuatu terutama di khalayak ramai. Maslinda turut menyerahkan segala keputusan melibatkan soal pilihan hidup kepada Zahirah dan enggan mengulas lanjut mengenai punca hubungan anaknya dengan Zul berakhir.

Featured Tue, 6 Dec 2022

Netizen Teringin Nak Lihat Penampilan Berhijab… Uqasha Senrose Terima Teguran, Mohon Doa

Pelakon jelita, Uqasha Senrose menerima teguran netizen yang teringin untuk melihatnya berhijab. Menerusi perkongsiannya di Instagram, Uqasha memuat naik foto lama dan turut memuji rambutnya yang dahulu berwarna hitam serta lebat. “Hahaha abang @ridzokumura !! […]

error: Content is protected !!