Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd March 3, 2020 @ 6:18pm

“BCL Perlu Kekuatan Bukan Dijadikan Bahan Publisiti Dan Simpati”- Netizen Kritik Rancangan Indonesian Idol

Setelah beraksi di pentas perdana dan konsert Ronan Keating tempoh hari, Bunga Citra Lestari sekali lagi menjadi bualan hangat apabila kembali semula menjadi juri utama di dalam rancangan realiti Indonesian Idol.

Umum mengetahui bahawa Ashraf Sinclair meninggal dunia sejurus selepas BCL pulang daripada rancangan realiti tersebut. 

Semalam, rancangan realiti itu menyambut kembali BCL sebagai juri tetap setelah ketiadaannya diganti oleh Rossa. Namun, suasana mula bertukar menjadi hiba apabila penyanyi Indonesia, Judika menyanyikan lagu terbarunya yang dicipta sendiri oleh BCL bertajuk Tak Mungkin Bersama. 

Lantaran lirik lagu itu yang menyentuh mengenai perasaan cinta dan kehilangan orang tersayang, BCL tidak mampu menyeka air matanya. Sekaligus, skrin TV turut memfokuskan kepada tangisan BCL. BCL yang tidak mampu menahan sebak dilihat ditenangkan oleh rakan juri, Ari Lasso. 

Berikutan kejadian itu, rata-rata netizen menganggap bahawa rancangan realiti Indonesia Idol itu sengaja menggunakan BCL untuk menjadikannya sebagai alat publisiti dan mengkomersialkan rating mereka. 

Shame on Indonesian Idol, kak unge ini butuh hiburan dan kekuatan untuk menjalani hidup. Tapi malah dijadikan bahan komersil oleh mereka, Bang judika gak salah, cuman agak menyayangkan pihak Idol aja sih. Kasian kan, air mata kemarin masih ada bekasnya ditambah hari ini juga pic.twitter.com/aIVNuyB6aI

Walaubagaimanapun, isteri kepada Judika sempat membalas salah satu komen netizen memberitahu bahawa Judika telah meminta izin daripada BCL untuk menyanyikan lagu tersebut dan BCL telah memberi izin kepadanya

Mungkin stesen TV seharusnya lebih peka terhadap perkara sebegini agar tidak menerima kritikan daripada penonton. Apapun, semoga BCL terus tabah dan kuat!

Kredit: Twitter

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 25 Dec 2022
Hiburan Mon, 18 Dec 2023
Featured Thu, 19 Feb 2026

“Jaga Kata-Kata Anda & Tolong Hormat Keputusan Peribadi Saya”- Jazmy Juma

Menurut Jazmy, dia lebih selesa sekiranya perjalanan kerjaya seninya tidak dicampuradukkan dengan urusan peribadinya.

Featured Wed, 23 Nov 2022

Simpati Dengan Petugas Media, Azad Jazmin Belanja Makan Di Istana Negara

Alhamdulillah.. semoga diluaskan lagi pintu rezeki Pak Azad

Featured Thu, 8 Sep 2022
Events Thu, 23 Nov 2023

Beli-Belah Sambil Berhibur Dalam WOW Dah Gaji! Tampil Persembahan Hebat Dari Artis Popular Tanah Air

Jangan lupa membeli-belah sambil berhibur bersama WOW Dah Gaji!🤩🤩🤩

error: Content is protected !!