Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir February 29, 2024 @ 3:35pm

“Saya Tak Suka Sibuk Privasi Suami…” – Fouziah Gous Kongsi Amalan Kekalkan Rumah Tangga Selama 10 Tahun

Pelakon dan usahawan, Datin Fouziah Gous memberitahu tidak pernah memeriksa privasi suaminya, Datuk Mohd Zhafran Md Yusof selama 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Memetik laporan Harian Metro, dia meletakkan kepercayaan kepada pasangannya dan perlu mengetahui peranan masing-masing.

“Saya tak pernah check telefon Zhaf. Saya bukan seorang yang menyibuk dengan privasi suami sendiri. Saya hidup berteraskan kepercayaan dan nak hidup dalam tenang.

“Yang saya tahu, dia ada dengan saya. Bila saya perlu dia ada dan saya tahu tanggungjawab saya sebagai isteri. Kami kena tahu bahagian masing-masing. Apa lagi nak cari masalah.

“Saya selalu doa kepada Allah agar rendahkan ego saya untuk suami dan sentiasa istiqamah. Setiap minggu kami adakan kelas suami isteri untuk peringatan masing-masing,” katanya.

Berkongsi tentang bekerja dengan suami dalam menguruskan syarikat mereka, Fouziah dan Zhafran tidak pernah mencampur adukkan urusan peribadi dan kerja.

“Suami Pengerusi Eksekutif syarikat, namun benda yang perlu saya cakap dan benda yang perlu dia cakap, masing-masing akan cakap tanpa halangan.

“Saya bersyukur suami bukan jenis yang bantah cakap saya dan saya yang banyak bantah dia. Prinsip saya bekerja kena tegas. Balik rumah, saya minta maaflah.

“Sistem bekerja di pejabat saya sangat berbeza. Ia sangat penting. Dia hormat kerja saya, saya hormat kerja dia. Kita kena tahu kerja masing-masing,” ujarnya.

Untuk rekod, Fouziah dan Zhafran mendirikan rumah tangga 21 September 2013 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Zeeshan Yusuf, 9 dan Zaheen Yusof, 7.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 17 Mar 2023
Featured Wed, 8 Nov 2023

Tia Jinbara Meninggal Dunia Akibat Kanser Hati

Innalillahwinnailaihirrojiun. Al-Fatihah🖤

Hiburan Sun, 26 Oct 2025
Featured Tue, 29 Jul 2025
Hiburan Sat, 17 May 2025
Hiburan Thu, 22 Sep 2022

[VIDEO] “Banyaknya Duit Dia!” – Netizen Tergamam Ifa Raziah Beli Emas Lebih RM100,000

Fuhhh besar-besar 😍 Alhamdulillah rezeki dia.. Happy birthday Kak Ifa! 🥳

Trending Fri, 8 Jan 2021
error: Content is protected !!