Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd October 5, 2021 @ 4:34pm

Hotel Terkemuka Di Langkawi Diarah Tutup Sementera Selepas 59 Pekerja Positif COVID-19

Berikutan seramai 59 kakitangan dikesan positif COVID-19, sebuah hotel terkemuka di Langkawi diarah tutup sementara.

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, Dr Othman Warijo, penularan jangkitan berkenaan dilaporkan sebagai Kluster Dah Teluk Nibung yang dikategorikan sebagai kluster tempat kerja.

“Mereka yang positif ini ada yang kuarantin diri di rumah, asrama pekerja dan juga PKRC (Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19),” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Tambah Dr Othman, siasatan awal yang dijalankan pihak JKN Kedah mendapati, penularan jangkitan disyaki adalah dari komuniti yang kemudiannya merebak di tempat kerja.

Semua kontak rapat juga telah dikenal pasti serta telah melakukan ujian saringan COVID-19 dan diberi arahan menjalani Home Surveillance Order (HSO) selama 10 hari.

Pada 30 September, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah mengesahkan terdapat kes pertama positif Covid-19 melibatkan pelancong di Langkawi bagi gelembung pelancongan iaitu kanak-kanak berumur tiga tahun.

Dr Othman berkata hasil siasatan Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi, kanak-kanak berasal dari Nilai, Negeri Sembilan itu tiba bersama ibu bapanya di Langkawi 24 Sept dengan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 20 Mar 2025

[VIDEO] Luah Rasa Kecewa, Ellie Suriaty Dakwa Hilang Tawaran Kerja Gara-Gara Kontroversi Difitnah Imran Bard

Ellie mengaku tertekan susulan kontroversi dikaitkan dengan video Imran Bard

Featured Sat, 16 Apr 2022
Selebriti Wed, 13 Mar 2024
Hiburan Mon, 15 Dec 2025

“Menantu Aku Handsome, Anak Aku Cantik” – Gelagat Ibu Erra Fazira Curi Tumpuan, Netizen Puji Mr. E Pandai Ambil Hati Ibu Mentua

ibu aktres filem popular Sembilu ini juga turut menunjukkan isyarat tangan sepadan dan sesuai

Trending Fri, 18 Dec 2020
Featured Tue, 22 Oct 2024
error: Content is protected !!