Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 31, 2026 @ 5:27pm

Tahniah! Shuib, Watie Bakal Terima Kehadiran Anak Perempuan

Pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu dan isteri, Watie Hanifiah bakal menimang cahaya mata perempuan pada April hadapan.

Khabar gembira tersebut diumumkan dalam majlis gender reveal yang berlangsung sebentar tadi.

Selain keluarga dan teman rapat, majlis tersebut turut dihadiri oleh beberapa rakan artis termasuk Fasha Sandha, Aidil Aziz, Sharifah Shahira, Ijoy Azari, Sharifah Zarina, Siti Sairah dan ramai lagi yang berkumpul meraikan berita bahagia itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib Syukur Isteri Dikurniakan Peluang Kedua, Watie Hanifiah Kini Hamil 5 Bulan

Terdahulu, menerusi laporan media pada November 2025, Shuib mengesahkan Watie sedang mengandung lima bulan selepas beberapa minggu spekulasi hangat dalam kalangan peminat dan netizen.

Berita tersebut memberi kelegaan kepada pasangan itu selepas melalui pengalaman duka kehilangan anak pada peringkat awal kehamilan sebelumnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib ‘Belanja’ Foto Tidur, Tapi Baby Bump Watie Pula Curi Perhatian… Netizen Komen: “Ayash Dah Nak Jadi Abang!”

Shuib pernah menceritakan mereka memilih untuk merahsiakan berita gembira itu pada peringkat awal kehamilan kerana pengalaman keguguran yang pernah dialami sebelum ini membuatkan mereka lebih berhati-hati untuk berkongsi dengan umum.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023, dua tahun selepas pemergian isteri tercinta, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin pada 2021.

Hasil perkahwinan dengan Siti Sarah, Shuib dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 29 May 2022
Events Sat, 26 Apr 2025
Hiburan Sat, 3 Feb 2018

Kim Kardashian Kirim Hadiah Pada ‘Musuhnya’

Kim Kardashian mengirimkan semua ‘haters’ dan ‘likers’ nya sebuah botol parfum terbaharunya sebagai hadiah “Hari Valentine” iaitu Hari Kekasih.

Featured Wed, 14 Dec 2022

‘Haram Sunat Bayi Perempuan Di UK’ – Dr Amalina Che Bakri

Katanya bayi perempuan tak perlu sunat sebab tak menjejaskan kesihatan. Apa pandangan korang?

Hiburan Mon, 24 Dec 2018

导演林孝谦和编剧吕安弦「突击」戏院送花和巧克力

《比悲伤更悲伤的故事》导演林孝谦和编剧吕安弦「突击」戏院送花和巧克力!暖举感动观众高呼惊喜~

error: Content is protected !!