Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin August 30, 2022 @ 9:14pm

“Saya Ni Jenis Yang ‘Forget & Forgive’, Tak Simpan Dalam Hati…” – Isu Salah Faham Babitkan Adi Putra & Pihak Kembara Studio Sudah Selesai!

Baru-baru ini timbul isu melibatkan salah faham yang berlaku terhadap teraju utama filem Mat Kilau:Kebangkitan Pahlawan iaitu, Datuk Adi Putra dan juga pihak Kembara Studio yang dilihat berdiam diri atau ‘silent mode’ dan tidak menjawab panggilan telefon dari aktor tersebut.

Susulan kejadian itu, Adi Putra mengambil keputusan untuk tidak terlibat dalam promosi filem epik itu di Jakarta, Indonesia.

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Tak Akan Hadir Tayangan Mat Kilau Di Jakarta” – Adi Putra Kesal Dengan Penerbit? Ini Penjelasan Kembara Studio

ARTIKEL BERKAITAN:Adi Putra Tetap Tidak Akan Hadir Tayangan Di Jakarta – “Saya Terkilan..”

Bagaimanapun, Adi yang pada awalnya bertegas tidak akan ke tayangan perdana filem itu di sana akhirnya turut serta apabila dijemput oleh pihak CBI Pictures Indonesia, Yayan Ruhian dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bersama-sama pelakon, Johan As’ari pada menggunakan kos sendiri pada  Jumaat lalu.

“Saya ke sana dengan kos sendiri. Saya siap belanja Johan untuk turut serta. Bagi saya, kami bersahabat dan sahabat saya ada di sana. Demi untuk Yayan dan Syamsul pun hadir. 

“Mereka sahabat saya, jadi sebagai sahabat apa yang diajar dalam Islam, itulah erti sahabat. Kalau kawan mungkin berbunyi lain, tapi sahabat itulah persahabatan,” katanya.

Berkongsi mengenai situasi ketika bersua muka bersama pihak Kembara Studio, Adi berkata, hubungan mereka baik-baik sahaja.

“Saya tak ada masalah dah dengan mereka. Tak tahu lah kalau sebelah sana macam mana… Kalau dalam erti kata ukhwah, saya bersilaturahim. Di sana, kami ada berjumpa dan seperti sedia kala, alhamdulillah. Kami juga bercakap macam biasa, tak ada satu perasaan marah atau simpan. Profesional saja,” jelasnya.

Tambahnya lagi, segala salah faham yang berlaku antara dirinya dan pihak Kembara Studio sudah berlalu dan harus dilupakan.

“Mana yang kenal saya, saya ni jenis ‘forgive and forget’. Perkara yang lepas tu, kita ni hidup ke depan, bukan ke belakang. Dan tidak ada nak gunakan satu benda untuk ‘counter back’. Itu bukan prinsip saya.

“Bila kita hidup mara ke depan, tidak adalah nak imbas balik atau terngiang-ngiang benda yang tak seharusnya atau negatif. Kita ambil sudut positif. Mudah-mudahan filem ini berjaya di pasaran Indonesia,”katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Sentiasa Mahal…” – Adi Putra Akui Terima Bayaran Tinggi, Sesuai Nilai Lakonan Dan Komitmen Yang Diberikan

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Tak Nak Bergaduh Tapi…” – Syamsul Yusof Enggan Masuk Campur Isu Adi Putra Dan Johan As’ari

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 3 Jan 2021
Featured Thu, 25 Jun 2026

“Terpulang Pada Lidah Masing-Masing” – Neelofa Terbuka Terima Review Jujur Nasi Ayam Mama Tini, Niat Sekadar Kongsi Rezeki 

Neelofa akhirnya membuka mulut mengenai sambutan luar biasa yang diterima terhadap jualan nasi ayam ibunya, Noor Kartini.

Hiburan Sat, 8 Sep 2018

Dadah Punca Mac Miller Ditemui Mati?

Miller, atau nama sebenarnya Malcolm James McCormick, meniti populariti selepas album pertamanya menduduki carta AS pada 2011.

Hiburan Tue, 24 Oct 2023
error: Content is protected !!