Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 25, 2022 @ 7:16pm

“Saya Tak Nak Bergaduh Tapi…” – Syamsul Yusof Enggan Masuk Campur Isu Adi Putra Dan Johan As’ari

Pengarah Syamsul Yusof enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu membabitkan teraju utama filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Datuk Adi Putra yang bertegas tidak akan turut serta dalam siri promosi filem tersebut di Indonesia.

Menurutntya, dia keberatan untuk masuk campur dalam isu ini memandangkan dia sendiri berasa teruja untuk berada dinegara berkenaan dan bertemu dengan pelakon berbakat besar, Yayan Ruhian.

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Tak Akan Hadir Tayangan Mat Kilau Di Jakarta” – Adi Putra Kesal Dengan Penerbit? Ini Penjelasan Kembara Studio

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Sentiasa Mahal…” – Adi Putra Akui Terima Bayaran Tinggi, Sesuai Nilai Lakonan Dan Komitmen Yang Diberikan

Sementara itu, Syamsul juga mengakui agak terkejut apabila dikhabarkan pelakon, Johan As’ari juga turut tidak serta dalam siri promosi kali ini.

“Bukan saja Adi Putra, malah saya terkejut juga apabila  Johan As’ari  tidak ke Indonesia sedangkan hubungannya dengan kakitangan penerbit sangat akrab. 

“Saya tak nak bergaduh. Kenyataan saya ialah saya pergi Indonesia kerana demi abang Yayan Ruhian. Sebabnya saya amat menghargai kesungguhannya terhadap filem ini.

“Tengoklah berapa kali dia datang Kuala Lumpur demi Mat Kilau. Dia sendiri yang mesej saya beritahu Indonesia menanti saya. Tolong datang,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Buatlah Sol… Confirm 100 Juta Billion Tiket Sold Out…”- Selepas Mat Kilau, Syamsul Yusof Bakal Tampil Dengan Filem Pasir Salak?

ARTIKEL BERKAITAN:Syamsul Yusof Beri ‘Hint’ Filem Pasir Salak Bakal Jadi Filem Paling Epik Selepas #MatKilau

Memetik laporan Harian Metro, Syamsul turut membayangkan akan berlaku kejutan walaupun tanpa kehadiran pelakon utama filem Mat Kilau di sana nanti.

Untuk rekod, pertama kali dalam sejarah, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan merupakan filem Malaysia yang akan ditayangkan pada 31 Ogos 2022 di lebih 200 pawagam di Indonesia.

“Bukan mudah sebenarnya nak masuk ke sana. Saya nak guna kesempatan ini dengan berjumpa pengarah dan penerbit di sana.

“Mereka pun pelik macam mana Mat Kilau boleh meledak sebegini hebat di Malaysia,”jelasnya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

 

Sumber: Harian Metro, Instagram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 13 Jun 2019

Ketahui masa paling selamat bagi wanita hamil untuk menaiki pesawat

Ketahui juga panduan untuk menaiki kapal terbang dengan selamat ketika hamil.

Hiburan Mon, 16 Mar 2026

Phantom Lawyer Tampil Dengan Kisah Guaman Luar Biasa Di Tonton Mulai 13 Mac

Drama arahan Shin Joong Hoon ini menampilkan barisan pelakon popular seperti Yoo Yeon Seok, Esom, Kim Kyung Nam, Jun Suk Ho dan Kim Mi Kyung.

Hiburan Tue, 30 Jan 2018

Aktor Glee Ditemui Mati Gantung Diri

Kematian Mark Salling memeranjatkan dimana pelakon ini ditemui mati dengan menggantung diri, awal pagi semalam.

Featured Tue, 27 Aug 2024
Hiburan Mon, 7 Aug 2023

Tidak Diberi Tawaran Berlakon, Lisdawati Terpaksa Bergolok Gadai – “Sebab Saya Pakai Tudung Ke?”

Allahu sampai macam tu sekali.. InsyaAllah pasti ada pelangi selepas hujan kan 💪🏼

Featured Tue, 20 Sep 2022
error: Content is protected !!