Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 29, 2022 @ 5:42pm

“Saya Sentiasa Mahal…” – Adi Putra Akui Terima Bayaran Tinggi, Sesuai Nilai Lakonan Dan Komitmen Yang Diberikan

Pelakon hebat, Datuk Adi Putra mengakui menerima bayaran mahal sesuai dengan komitmen yang diberikan.

Malah, nilai yang tinggi itu bukan untuk dirinya sahaja kerana secara tidak langsung ia boleh menguntungkan industri termasuklah kru perfileman secara menyeluruh.

“Saya sentiasa mahal. Tapi mahal itu adalah komitmen kita, kita ada value added jadi bila kita ada benda tu kita tahu kepakaran kita kat mana.

“Lagipun kita berkerja keras siang dan malam jadi mahal itu bukanlah satu stigma tetapi adakah kita dihargai,” katanya.

Menurutnya, tidak salah sekiranya pelakon veteran lain juga meletakkan harga yang tinggi berdasarkan kualiti lakonan dan komitmen yang diberikan mereka.

“Kita sedia maklum bagaimana kadar bayaran untuk seniman dan seniwati serta kru produksi macam mana. Jadi mengapa tidak ‘maharnya’ ditingkatkan?” jelasnya.

Ketika ditanya mengenai pemilihan karya selepas ini, beliau mengakui lebih selektif terutamanya dari segi pemilihan jalan cerita dan pengarah.

“Siapa yang kenal saya dari dulu, saya memang sangat selektif dari segi jalan cerita, pengarah..

“Saya tak nak sebut-sebut filem yang pernah keluar… sebab sekarang zaman flashback. Bila zaman flashback ni saya amat takut. Dan saya sedar dimana saya berasal. Tapi takpe lah yang dah berlalu itu biar berlalu saya positif sahaja,” katanya.

Sementara itu, ramai peminat menyifatkan bahawa tahun 2022 adalah tahun bagi Datuk Adi Putra kerana ketiga-tiga filem lakonan beliau ditayangkan dipawagam bermula dengan filem Mat Kilau, Jerangkung Dalam Almari dan Air Force The Movie yang akan menemui peminat bermula 25 Ogos nanti.

“Sebenarnya, tahun ini bukan untuk saya, tapi keluarga saya dan anak-anak, isteri saya dan ibu saya yang banyak berdoa dari awal lagi. Jadi maknanya tahun ini adalah tahun mereka bukan tahun saya.

“Allah atur tu sangat molek, sebab sangat mustahil penerbit nak letakkan saya kat sini, back to back…

“Sebab kita akan proses tarikh wajib tayang… So,  bila dimaklumkan tu saya terkedu. One after another daripada bulan Julai sehingga hujung Ogos. Walaupun sangat sempit… tapi saya terima saja” jelasnya.

Adi Putra ditemui pada majlis Tayangan Perdana dan Sidang Akhbar Filem Jerangkung Dalam Almari di GSC Tropicana Gardens, Petaling Jaya pada Rabu.

Selain itu, Adi putra atau nama sebenarnya, Mohamed Hadi Putera Halim turut mengucapkan ribuan terima kasih dan mendoakan kesejahteraan buat semua peminat dan penonton filem tempatan diatas pujian yang diberikan kepadanya.

 “Kepada yang memberi pujian doa saya khusus kepada mereka supaya urusan mereka dipermudahkan. Saya ni bukan apa, saya ni hak milik masyarakat,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 21 Aug 2019

Kanak-Kanak Leka Main Basikal Maut Kerana Anjing ”Pit Bull”

Kanak-Kanak Leka Main Basikal Maut Jadi Mangsa Serangan Buas Kumpulan Anjing ”Pit Bull”

Eat Travel Mon, 13 Jan 2020
Featured Wed, 11 Jun 2025

“Seronok Makan Berebut Siapa Dapat Dulu, Siapa Mengalah Dulu… Itu Yang Rapatkan Hubungan” – Fizi Ali

Fizi Ali mencuri perhatian selepas berkongsi sepotong video pendek menerusi laman sosial miliknya.

Contest Tue, 4 Dec 2018

#xtra好康头 | 送你新传媒2019年《游戏场》月历

送你新传媒2019年《游戏场》月历,让新传媒艺人陪你一整年!

Hiburan Sat, 14 Jan 2023
Trending Tue, 19 Mar 2019
Featured Mon, 21 Apr 2025

“Cukup-Cukuplah Apa Yang Berlaku Pada Keluarga Saya”- Aliff Syukri

Kata Aliff, dia meminta semua pihak untuk berhenti membangkitkan isu mengenai keluarganya.

Trending Thu, 4 Jun 2020

Penjarakkan Sosial Juga Perlu Didalam Bilik Guru – KPM

Bukan pelajar je kena patuhi SOP ye

error: Content is protected !!