Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 30, 2022 @ 7:43pm

Joe Flizzow Bakal Ulang Kejayaan Bersama SonaOne Dalam ‘Satu Malam Di Temasek’

Walau sudah meraih pelbagai kejayaan, penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow masih belum ingin berhenti.

Kembali dengan sebuah lagi karya berjudul Satu Malam Di Temasek, lagu ini dicipta, ditulis dan diterbitkan sepenuhnya bersama rakan seperjuangannya yang sangat berbakat, SonaOne.

“Satu Malam Di Temasek adalah satu karya yang bercerita mengenai diri saya, daripada seorang budak nakal dan sekarang sudah melalui fasa perkahwinan di samping bercerita mengenai situasi hari ini.

“Ia juga satu bentuk nasihat daripada diri saya kepada diri saya sendiri. Walaupun tunjang utamanya adalah mesej dan nasihat, pada masa sama, tetap meraikan kehidupan,” katanya.

Satu Malam Di Temasek merupakan sebuah karya yang sarat dengan lirik cerdik penuh kiasan dan sindiran nukilan Joe Flizzow yang pasti akan menaikkan lagi tanda aras irama hip hop Malaysia.

“Jika saya gambarkan karya ini dalam bentuk perumpamaan Melayu, perumpaan yang sesuai adalah hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati.

“Segala yang kita kejar di dunia, yang bersifat material, semua itu tak boleh dibawa ke mana pun. Satu Malam Di Temasek mengingatkan diri kita bahawa dunia itu hanya sementara,” katanya.

Dengan bait lirik Bahasa Inggeris berbunyi, “Imma be an hour late to my funeral” (Yang bermaksud “aku bakal lambat ke pengebumian ku sendiri”) oleh SonaOne di hook lagu tersebut, mencerminkan perjalanan Joe yang bercerita tentang perjuangannya mengharungi cabaran dan menata sejarah sendiri jika perlu.

Lagu ini juga diharap dapat menginspirasi mereka yang ingin mengejar impian dan cita-cita masing-masing.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 24 Apr 2024
Hiburan Fri, 21 Feb 2025
Hiburan Fri, 26 Jan 2018

首要媒体旗下电视频道稳坐收视宝座 2018再推多元创新内容

2018年首要媒体集团继续绽放光彩!以“Create and Dominate”为主题,首要媒体集团日前于吉隆坡大华酒店举办节目巡礼,为旗下4家高收视率电视台TV3、ntv7、八度空间(8TV、TV9,以及家庭购物网络 CJ WOW SHOP 和网络电视 tonton推介各频道节目阵容,带来一系列惊喜!

Hiburan Mon, 16 Dec 2019

Dah Bernikah Rupanya…

Tahniah Vanessa Angel!

Hiburan Thu, 28 Nov 2019

Mengaku Tidak ‘Berdarah Indonesia’, Instagram Agnez Monica Diserang Warganet!

Saya akan selalu jujur dan bersaksi kepada dunia…

error: Content is protected !!