Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi April 24, 2024 @ 9:56am

Nahas Helikopter TLDM: Dayah Bakar Terasa, Mohon Semua Jaga Kata-Kata Dalam Beri Komen

Semalam negara dikejutkan dengan berita insiden helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

Insiden tersebut mengorbankan sepuluh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) masing-masing tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga lagi kru Fennec TLDM.

Turut terkesan dengan nahas tersebut adalah pengacara, Dayah Bakar yang tidak boleh membayangkan kesan kepada ahli keluarga mereka yang terkorban.

“Saya tak boleh bayangkan dari memikirkan orang yang mereka sayangi, isteri mereka, suami, adik beradik, ibu bapa dan anak-anak yang menanti mereka.

“Siapa sangka mereka keluar mencari rezeki bertugas dan pulang menghadap Ilahi, tidak bersama keluarga mereka lagi.

“Jadi di waktu ini, saya minta semua mendoakan kekuatan buat ahli keluarga dan mendoakan semua mangsa ditempatkan dikalangan orang beriman dan diampunkan dosa.

“Saya juga minta semua untuk menjaga tatasusila dan kata-kata dalam meninggalkan komen kalian di platform media sosial. Saya ajak semua buat kebaikan.

“Salam takziah, saya doakan kalian diberikan kekuatan untuk mengharungi dan menjalani hari-hari selepas ini,” tutup Dayah.

Untuk info, suami Dayah iaitu Muhammad Hanif Hamidi juga merupakan seorang pegawai tentera berpangkat kapten,

Pelakon, Eyra Hazali turut memaklumkan bahawa salah seorang mangsa yang terkorban dalam nahas tersebut adalah ahli keluarganya.

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan sebuah helikopter terlanggar bahagian belakang sebuah lagi helikopter sebelum kedua-dua pesawat berkenaan terjunam.

Difahamkan insiden berlaku semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-90 yang dijadualkan pada awal bulan depan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 9 Feb 2024
Hiburan Wed, 23 Apr 2025
Hiburan Fri, 21 Nov 2025
Hiburan Tue, 20 May 2025

[VIDEO] Tersasul Gelar Isteri Fattah Amin, Isteri Aliff Syukri Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Amira Othman

Datin Shahida mohon maaf secara terbuka tiada maksud gelar Amira Othman isteri Fattah Amin

Hiburan Thu, 11 Jan 2024
Trending Wed, 12 Sep 2018

Can You Guess the Malaysian? Most of You Will Fail

This touching video from Celcom teaches us to stop looking at people from only one perspective.

error: Content is protected !!