Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 24, 2023 @ 4:30pm

“Dia Antara Wanita Terbaik Yang Pernah Ada Dalam Hidup Saya” – Hafreez Adam

Selepas berdepan episod kekecewaan dalam perhubungan, pelakon Hafreez Adam mengakui kini sedang mengenali hati budi seorang wanita.

Menurut Hafreez atau nama sebenarnya, Hafreez Adam Aizat Zahalan, 31, dia memaklumkan hubungannya dengan wanita tersebut kini masih baru.

“Sebelum ini saya terbuka untuk kongsikan perjalanan kisah cinta saya memandangkan pengakhirannya tak manis sangat. Jadi saya mengambil langkah tertutup.

“Cuma apa yang saya boleh kongsikan adalah, saya sedang kenal dengan seseorang, bukan orang industri.

“Ia fasa yang sangat-sangat baru sebenarnya tapi tak tahu hala tuju itu kemana, sekiranya baik, Alhamdulillah. Kalau sebaliknya, tidak jadilah,” ujarnya dalam temu bual bersama program hiburan popular TV3, Melodi.

Jelas pelakon drama Tarik Aku Ke Syurga itu, dia menyifatkan bekas kekasihnya adalah wanita terbaik yang pernah bertakhta di hati.

Malah, akui tidak pernah trauma dirundung kisah putus cinta dalam kehidupan.

“Saya nak semua jelas, bekas tunangan saya bukanlah seorang yang tidak baik. Pada saya, dia antara wanita terbaik yang pernah ada dalam hidup saya.

“Walaupun perkara itu tak berakhir dengan indah, saya tak ada fobia atau serik untuk berada dalam sesuatu perhubungan.

“Saya tidak meletakkan apa-apa limitasi bilakah saya akan berkahwin. Itu sahaja yang berubah,” katanya.

Hafreez Adam

Berbicara soal kisah hati, Hafreez akui kini menyerahkan segala ketentuan pada Yang Maha Esa.

“Sebelum ini, saya fikir nak kahwin muda sebab saya nak ada anak. Nak anak itu membesar depan mata saya.

“Tapi bila ia tak jadi, tiada lagi impian itu. Sekarang ini saya lebih kepada reda. Apa sahaja yang Allah aturkan, saya terima.

“Untuk hubungan peribadi saya ketika ini, saya hanya ikut sahaja. Saya kenal dengan seseorang jika ia menarik minat saya. Seperti sekarang ini, masih berkawan, fasa yang sangat awal,” tutupnya.

Terdahulu, Hafreez juga pernah dikaitkan dengan pelakon, Afifah Nasir biarpun hubungan mereka sekadar bersahabat baik.

Untuk info, Hafreez Adam pernah bertunang dengan selebriti Zara Zya, namun putus selepas sebulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Doakan Hafreez Adam & Afifah Nasir Berjodohan – “Jangan Simpan Lama-lama, Obvious Sangat Tu”

ARTIKEL BERKAITAN: Hafreez Adam Akhirnya Jawab Spekulasi, Putus Tunang Bulan Lalu…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 15 Feb 2026

Nyanyi Lagu Ciptaan Komposer Indonesia, Iman Darwisy Curah Perasaan Dalam Single ‘Kehilangan’

Iman Darwisy melancarkan ‘Kehilangan’, sebuah lagu balada yang mengangkat tema kasih sayang dan kerinduan terhadap insan tersayang.

Hiburan Fri, 25 Jan 2019

《玩转全家福》齐集香港演员!北上南下跑宣传

《玩转全家福》齐集香港演员!1月26日至29日北上南下跑宣传,与大马的观众们拜个早年!

Featured Thu, 20 Oct 2022
Hiburan Thu, 18 Sep 2025
Trending Thu, 19 Apr 2018

人类的大脑其实很可怕「不会疼痛还会自相残杀」

大家有没有看过《Lucy》这部电影,女主角斯嘉丽·约翰逊因为意外,大脑开发到了100%,成为了一个超级英雄。当大脑开发到了100%,到底会有多可怕呢?

Trending Hari Ini Mon, 4 May 2020
Hiburan Mon, 21 Oct 2019

Dah Sampai ke Masjid Quba…Zarina Zainuddin Tunaikan Umrah

Semoga memperoleh umrah yang mabrur…

Hiburan Sat, 28 Jul 2018

Da’i Danial Tak Jangka Tersingkir

Memang tak jangka, tapi peserta berusia 27 tahun ini akur dengan adat dalam sesebuah pertandingan. Kalah atau menang adalah lumrah sesebuah program realiti. Sabarlah ya, Insha Allah ada rezeki lebih baik menanti di luar sana!

error: Content is protected !!