Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 October 21, 2019 @ 2:45pm

Dah Sampai ke Masjid Quba…Zarina Zainuddin Tunaikan Umrah

Seronok sungguh melihat posting instagram pelakon dan usahawan, Zarina Zainuddin yang telah pun menjejakkan kaki ke Masjid Quba, Madinah bersama jemaah rombongan dari Al-Faizin.

“Alhamdullillah, saya berdoa semoga anda semua pun akan sampai ke sini,” ucap Zarina.

 
 
 
View this post on Instagram

Allhamdulillah Saya berdoa semuga anda semua pun akan sampai ke sini ❤️ Saya berserta jemaah dari al faizin dan mutawif Ustaz Afdal

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

 

Zarina (48) telah berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadat umrah dua hari lepas bersama ibunya, Zahura, anak lelakinya Muhammad Raizal Azrai dan madunya Datin Seri Hajah Norhasimah.

“Saya ini mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki atas segala dosa dan kesilapan saya sama ada dari segi percakapan atau perbuatan.

“Saya bersama madu saya Datin Seri Hajah Norhasimah Mohd. Noor, ibu saya Zahura binti Abdul Mutalib dan anak saya Muhammad Raizal akan ke Mekah menunaikan umrah bersama saudara jemaah yang lain.

“Doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik dan mendapat umrah yang mabrur,” kongsi Zarina di posting instagramnya.

Zarina juga memanjatkan rasa syukur kerana ditemukan Allah dengan madunya yang disifatkan sebagai seorang insan yang baik hati dan membimbingnya dan keluarga ke arah kebaikan.

“Terima kasih madu saya ajak pergi, bimbing saya fardhu dan rukun umrah, juga solat-solat sunat sepanjang di sini,” luah Zarina lagi. 

Rata-rata ramai netizen dan rakan selebriti seperti Ifa Raziah, Sherry Ibrahim, dan Almy Nadia yang mendoakan perjalanan Zarina dan keluarga dan semoga mendapat umrah yang mabrur.

Zarina telah berkahwin pada 13 Julai 1993, dengan Datuk Seri Raihan Wan Jaafar dan mereka di kurniakan empat orang cahaya mata lelaki iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai (Azil) dan Muhammad Raizal Azrai (Azal), kedua-duanya berumur 22 tahun, Muhammad Naim Azrai (15) dan Muhammad Adam Azrai (12 tahun). 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 17 Feb 2025
Hiburan Sun, 5 Aug 2018

Gempak! Ruffedge Pukau 5000 Penonton Di KL Live

Bayangkan, waktu tak terasa langsung berjalan dengan iringan lagu yang menggamit nostalgia penonton. Jeritan dan nyanyian penonton bergema tidak berhenti dari mula hinggalah ke akhir persembahan. Meriah sungguh!

Hiburan Wed, 25 Apr 2018

Kazar Terkejut Anak Kandung Sengaja Sebar Gambar Cium

Kazar telah beberapa kali menasihati anaknya untuk berhati-hati dalam setiap perkara yang dilakukan. Namun, Ira tetap melakukan perbuatan yang sama.

Hiburan Thu, 15 Feb 2024
Hiburan Fri, 20 Sep 2019
Hiburan Tue, 14 Nov 2023

ILYS Akhirnya Ditayangkan Di Slot Akasia TV3, Haidar Hasanudin Gementar Tunggu Reaksi Penonton

Selain Haidar Hasanudin, ILYS menampilkan lakonan MK K-Clique & Ezzanie Jasny.

error: Content is protected !!