Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir February 15, 2024 @ 2:45pm

Ernie Zakri Kongsi Pengalaman Seram Tidur Di Hotel Sarawak – “Dia Hempas Almari!”

Penyanyi Ernie Zakri berkongsi pengalaman seramnya apabila diganggu makhluk halus ketika menginap di sebuah hotel di Kuching, Sarawak.

Menerusi perkongsian di TikTok @eznators, finalis Anugerah Juara Lagu 38 yang membawakan lagu Astana ini menceritakan ketika itu dia sedang tidur namun tersedar selepas mendengar bunyi hentakkan kuat pada almari di bilik hotel tersebut.

Menurutnya, semasa kejadian berlaku dia berada dalam bilik bersama pengurusnya.

“Bunyi-bunyi pernah dekat hotel. Hari tu saya duduk dengan Maria (pengurus Ernie) dekat Kuching, Sarawak.

“Waktu tu tengah tidur dengar almari kena hempas. Bukan dekat sebelah bilik tapi dalam bilik kami,” kongsinya.

Terkejut dengan bunyi tersebut, Ernie ditenangkan oleh pengurusnya dan keesokkan harinya mereka mendapati hotel itu memang dipercayai berhantu.

“Masa tu Maria belum tidur lagi tapi saya dah tidur. Lepas tu saya terbangun dan sebut nama Maria tapi dia kata tak ada apa dan suruh sambung tidur.

“Esoknya bila kami berbual-bual pasal perkara yang terjadi memang betul rupanya hotel tu memang hotel berhantu,” ujarnya.

@eznators “rupanya memang betul hotel tu berhantu, dekat kuching” – Ernie Zakri #erniezakri #ernienators #seram ♬ original sound – Ninie World

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berteka-teki tentang lokasi penginapan berkenaan.

Malah, ada yang turut berkongsi menghadapi pengalaman sama ketika menginap di hotel.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 29 Mar 2024

Kongsi Video Di IG, Aliff Aziz & Ruhainies Tunai Umrah Bersama?

Alhamdulillah, rezeki tunai umrah di bulan Ramadan😎

Hiburan Thu, 26 Mar 2026

Dituduh Makan Di Restoran Didakwa Tak Halal, Ernie Zakri Tenang Bidas Netizen – “Jelas Terpampang Besar Sijil”

Ernie Zakri dilihat kekal tenang apabila berdepan kritikan segelintir netizen yang mempersoalkan status halal sebuah restoran dikunjunginya

Hiburan Wed, 5 Jul 2023

“Terima Kasih Telah Mendukung Saya” – Akaun Instagram Tinggal Satu Gambar, DP Lenyap… Ada Apa Dengan Judika?

Alamak! Judika ok ke tak ni? Hm.. ke ada nak umum berita gembira buat kita semua?

Hiburan Wed, 12 Jun 2019

Ujian Buat Abang, Azwan Ali Harap Azmin Terus Kuat

Azwan Ali mengaku tak terkejut apabila melihat video-video berkenaan.

Hiburan Sun, 27 Jul 2025

Sultan Pahang Kurniakan Suami Pingat DIMP, Nelydia Senrose Kini Bergelar Datin

Alhamdulillah, tahniah Datuk Hafez dan Datin Nelydia Senrose.

Featured Fri, 8 Apr 2022

Gara-Gara Cuai Jalankan Proses Berkhatan, Pemuda Ini Dibayar Ganti Rugi RM3.1 Juta

Plaintif kini alami masalah pendiam & tak suka berkawan

error: Content is protected !!