Euforia Bola 2026
Hiburan By: Ad Ops April 25, 2018 @ 2:13pm

Kazar Terkejut Anak Kandung Sengaja Sebar Gambar Cium

Pernah kecoh di laman sosial apabila anak pelakon dan pelawak terkenal, Ira Kazar memuatnaik video tarian geleknya yang mengghairahkan di laman instagram. Terbaru, beliau sekali lagi tampil dengan kontroversi lain. Jika dilihat menerusi insta story beliau, Ira kelihatan memuatnaik gambar mesranya sedang mencium seorang lelaki.

Manakala, Kazar hanya mengetahui tindakan anaknya itu selepas dimaklumkan oleh pihak media. Menurutnya, lelaki dalam gambar tersebut ialah anak saudaranya. Hubungan Ira dan sepupunya itu sangat rapat sejak mereka kecil lagi.

“Walaupun mereka adalah sepupu, Ira tidak sepatutnya berkelakuan sebegitu. Dan, Ira tidak boleh memuatnaik gambar mesra mereka untuk tontonan umum. Dia sudah besar, saya juga ada menasihatinya beberapa kali kerana setiap tindakannya akan dikaitkan dengan saya. Saya harap dia faham”, Katanya.

Tambahnya lagi, dia tidak akan pernah berhenti menasihati Ira atau nama sebenarnya Fadira Fatini, dan meminta agar netizen tidak memperbesarkan isu ini lagi. 

“Saya risau jika ada orang yang mengatakan saya ni sibuk bagi nasihat di instagram, tapi anak sendiri pun bermasalah. Percayalah, saya sentiasa cuba yang terbaik dalam mendidik kesemua anak-anak saya,” Jelasnya

Dia yang ditemui dalam pelancaran supertelefilem Budak Kripto sempat mempromosikan filem terbarunya itu. Filem ini merupakan karya pengarah berpengalaman, Din CJ yang turut menampilkan pelakon handalan lain seperti Fahrin Ahmad, Afifah Nasir,  dan lain-lain.

Ditulis Oleh : Nur Nasuha

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 20 Mar 2019

‘Siapa Cepat Dia Dapat’- Ifa Raziah Nafi ‘Sailang’ Penganjur Lain

Saya faham dengan keadaan para peniaga yang perlu mengambil-kira soal kos dan untung. Jadi saya tidak akan terlalu ‘menekan’ mereka.

Hiburan Sat, 28 Oct 2023

[VIDEO] Air Mata Siti Nurhaliza Tumpah Kenang Nasib Di Palestin, Harap Sekolah Afwa Al Aafiyah Tak Dibom

Sedih lihat situasi di Gaza sekarang ni! Semoga Allah lindungi semua umat Islam di Palestin!

Hiburan Thu, 13 Jun 2019

Umie Aida- Erra Fazira Sudah Berdamai

Harap netizen tidak bercakap lagi isu ini,

Featured Tue, 9 May 2023

“Tepuk Dahi, Fikir Sendiri” – Titip Nasihat, Nora Ariffin Minta Pastikan Niat Untuk Kahwin

Bila niat purely kerana Allah, In Sha Allah dilorongkan keberkatan & kebaikan sampai bila-bila – Datuk Nora Ariffin

Hiburan Sun, 2 Jul 2023

Ibu Mertua Noor Nabila Meninggal Dunia

Al-Fatihah 🤲🏻😌

Featured Mon, 3 Jan 2022

Emily In Paris Gambarkan Rakyat Mereka Suka Mencuri, Kementerian Ukraine Buat Aduan

Drama bersiri Emily In Paris yang telah memasuki musim kedua mula ditayangkan pada pertengahan Disember lalu. Dalam musim terbaru siri terbabit, jalan ceritanya menampilkan karakter bernama Petra yang berasal dari Kyiv, Ukraine dan wanita itu […]

Featured Tue, 30 May 2023

“Comelnya! Mata Bulat & Besar…” – Yaya Zahir Kongsi Foto Anak, Bombastic Side Eyes Jadi Perhatian!

Pergh! Dah besar nanti siapa kena bombastic side eyes ni confrim makan hati.😁😁😁

error: Content is protected !!