Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 12, 2023 @ 7:39pm

Peminat Bandingkan Dengan Selebriti Lain, Aina Abdul Nasihat Ainations – “Kalau Betul Sayang Saya, Jangan Cakap Buruk Tentang…”

“Kalau sayangkan saya, jangan cakap buruk mengenai penyanyi lain atau peminat kelab mereka’ 

Demikian respons penyanyi, Aina Abdul, 29, ketika disoal sekiranya dia ada memberi nasihat kepada kelab peminatnya, Ainations ekoran beberapa isu berbangkit seperti yang tular di platform media sosial. 

Jelas pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-37 ini, Aina berkata dia selalu mengingatkan kelab peminatnya untuk tidak melemparkan kata-kata buruk di mana-mana platform terutamanya berkaitan penyanyi lain. 

“Saya ada memberi nasihat kepada mereka sebab saya juga manusia biasa kan.. Saya selalu ingatkan mereka ‘Aina tahu awak (Ainations) sayang Aina, tapi jangan cakap apa-apa dekat artis ataupun fans club lain.

“Tak apa, semua orang ada pendapat mereka sendiri.. Some people wants to project it on social media and it is okay. Kita tak perlu buat macam tu’,” katanya mengharapkan peminatnya akan mendengar nasihatnya itu. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Mesti Ramai Undi Aina Abdul” – Ini Respons Ernie Zakri Bila Ada Yang Bitter Tatkala Nama Tercalon Top 5 ABPBH 35!

ARTIKEL BERKAITAN: “Sudah-Sudahlah Tu” – Kesal Sering Dibandingkan, Ada Peminat ‘Bitter’ Ernie Zakri Tercalon Top 5 ABPBH 35

Ketika disoal sama ada pelantun lagu popular Terus Hidup itu berasa kesal terhadap segala tohmahan yang diterimanya, Aina berkata dia menelan segalanya dengan hati terbuka.

“Saya telan segalanya, kadang-kadang rasa macam diri ini span. Berada dalam industri ini adalah pilihan saya dan sangat gembira berada di sini. Kena kecam sikit tu tidak mengapalah, saya anggap macam asam garam bidang ini,” tuturnya lagi ketika ditemui di majlis pra-kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 35 (ABPBH 35) berlangsung di The Agam, semalam. 

Mengulas mengenai pencalonannya dalam ABPBH 35, Aina meluahkan rasa syukur kepada peminatnya kerana tanpa mereka dia tidak akan berada di sini. 

“Saya rasa berdebar, takut sebab orang kata ini adalah tahun keempat dalam industri, tapi tahun ini rezeki Allah bagi sangat mencurah-curah, rezeki Ainations dan juga berkat lagu Terus Hidup.

“Terima kasih semua yang tidak henti-henti mengundi saya, pada peminat saya Ainations, this is actually your event, saya rasa macam ralat sikit sebab saya di sini sebab ainations and you are not here with me. but its okay, we’ll meet next week,” akhirnya.

Aina tercalon dalam dua kategori ABPBH 35 iaitu kategori penyanyi wanita popular dan lagu paling boom popular menerusi lagu Terus Hidup. 

Pada malam kemuncak ABPBH, Aina diumumkan antara 10 artis undian tertinggi Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) selain Anna Jobling, Amir Masdi, Bell Ngasri, Ben Amir, Ernie Zakri, Khai Bahar, Meerqeen, Sharifah Rose dan Siti Nordiana.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 24 Oct 2025
Hiburan Fri, 2 Feb 2018

Termuntah Atas Tunang, Meghan Trainor Serik

“Tunang sedang memandu dan saya tiba-tiba muntah ke atasnya,” kata Meghan Trainor ketika menghadiri sesi bual bicara The Talk, baru-baru ini.

Hiburan Sat, 2 Aug 2025

[VIDEO] Cik B Jumpa ‘Bomoh Tulang’, Ikhtiar Cara Kampung Mahu Cepat Sembuh

Cik B rawat lutut cara kampung, jumpa bomoh tulang

Trending Mon, 12 Apr 2021
Trending Wed, 25 Jul 2018
Hiburan Wed, 19 Feb 2020
FESYEN Thu, 21 Nov 2019
Hiburan Sun, 12 Aug 2018

Sesak Nafas Berterusan, Wan Maimunah Masuk Hospital

Allah SWT hendak uji kita. Agaknya, ada waktu ibu leka, lalai. Beginilah Allah kejutkan. Syukur, dalam waktu ini masih boleh lagi meneruskan kehidupan.

Hiburan Wed, 13 Nov 2019

Aeril Zafril Boleh Jadi Contoh Calon Suami Yang Baik

Zaman sekarang, perempuan memang suka ambik suami orang kan?

error: Content is protected !!