Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 21, 2023 @ 7:10pm

“Mesti Ramai Undi Aina Abdul” – Ini Respons Ernie Zakri Bila Ada Yang Bitter Tatkala Nama Tercalon Top 5 ABPBH 35!

Penyanyi, Ernie Zakri meluahkan rasa gembira selepas diumumkan tercalon top 5 dalam kategori Penyanyi Wanita Popular ABPBH 35 di media sosialnya.

Menurut Ernie, dia bersyukur apabila tercalon dalam kategori tersebut dan akan melahirkan single terbaru tidak lama lagi.

“Tercalon pula Top5 Penyanyi Wanita Popular! Weehoo! Ok la nanti kita celebrate dengan lagu baru la! Thank you sudi undi kita tekan tekan like like banyak banyak tuu.

“Sayang semua nya. Menang kita release lagu, tak menang pun kita release! Haha! Muah!,” katanya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, terdapat individu yang membalas ciapan Ernie itu yang mendakwa ahli keluarganya sahaja yang akan mengundi isteri penyanyi, Syamel itu.

“Mesti ahli keluarga sedara mara je yg undi. Semua org undi Aina Abdul kot,” tulis individu berkenaan.

Tidak berdiam diri, pelantun lagu Gundah itu kekal tenang dalam membalas komen tersebut yang berkata kehidupan ini bukan satu pertandingan.

“Hihihi takpaaaa. Kalau keluarga je undi pun Alhamdulillah. Life is not always a competition,” tulis Ernie.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen menyokongnya serta meminta Ernie untuk menghiraukan komen negatif tersebut.

Selain Ernie, antara selebriti yang tercalon dalam kategori Penyanyi Wanita Popular adalah Aina Abdul, Nabila Razali, Siti Nordiana dan Wany Hasrita.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 4 Jul 2025
Featured Sun, 20 Feb 2022
Trending Tue, 22 Jun 2021

“Jika Ada BF, Saya Lalai… Rasa Nak Berkepit Je” – Aina Abdul

Penyanyi Aina Abdul mengakui dirinya masih solo dan tidak menjalin hubungan cinta dengan mana-mana jejaka. Jarang membuka topik mengenai cerita peribadi, Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani, 28, masih belum terbuka untuk mempunyai […]

Hiburan Sun, 30 Jul 2023

Malam Yang Indah Untuk Peminat… Muse Pukau Lebih 50,000 Penonton!

Konsert Muse Will Of The People World Tour 2023 sukses!

Featured Thu, 8 Jul 2021

Nia Ramadhani Dan Suami Ditahan Polis, Akui Ambil Syabu Sejak 5 Bulan Lalu

Aktres jelita Indonesia, Nia Ramadhani dan suaminya Ardi Bakrie dilaporkan ditahan oleh pihak polis hari ini berhubung dakwaan terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Menurut sumber berita Indonesia, perkara itu diakui sendiri oleh pasangan suami isteri itu ketika […]

Hiburan Sun, 4 Jun 2023
Trending Wed, 21 Oct 2020
error: Content is protected !!