Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain April 5, 2023 @ 1:53pm

Diana Danielle Dapat Hak Penjagaan Sementara Sehingga 30 Mei Ini – “Saya Mahu Keadilan Untuk Anak-Anak”

Pelakon Diana Danielle meluahkan rasa syukurnya selepas pihak mahkamah memutuskan bahawa dirinya mendapat hak penjagaan sementara buat dua cahaya matanya, Muhammad, dan Nur Aurora, di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, hari ini.

Enggan mengulas isu tersebut lebih terperinci, Diana bagaimanapun menyatakan hasratnya untuk menyelesaikan hak penjagaan anak-anak dengan baik

“Alhamdulillah, sebutan hari ini berjalan dengan baik. Saya tidaklah mahu bercakap secara terperinci, cuma mendoakan yang terbaik.

“Dan diharapkan kita boleh membuat kesimpulan dan penyelesaian. Ini bukan soal menang atau kalah, sebaliknya mahu keadilan untuk anak-anak. Selanjutnya, boleh tanya peguam saya.” katanya.

Memetik laporan Berita Harian, Diana juga enggan mengulas keadaan terkini anak perempuannya, Aurora demi menjaga privasinya.

“Alhamdulillah, saya melindungi privasinya. Saya tak mahu cakap banyak,” katanya.

Menurut peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili Diana, hak penjagaan sementara yang diberikan kepada anak guamnya itu telah dilanjutkan sehingga 30 Mei depan.

“Kedua-dua peguam sudah mengambil inisiatif untuk menyelesaikan melalui mahkamah semua isu berkaitan mereka. Nampaknya ada harapan sebab pihak sebelah lagi memberi kemahuan untuk berbincang.

“Jadi, kami ada proses sulh pada 11 April depan, tetapi sebelum itu, insya-Allah kami akan berbincang. Kami akan rekod jika ada persetujuan. Selepas itu, kami teruskan untuk membubarkan perkahwinan di Mahkamah Petaling Jaya.

“Sekarang ini hak penjagaan interim masih lagi di bawah Diana. Hakim sudah memberikan lanjutan hak penjagaan hingga 30 Mei depan.

“Kalau ada persetujuan lebih awal, kami akan memohon kepada mahkamah supaya boleh merekod dan membubarkan perkahwinan dengan segera,” katanya.

Sebelum ini, Diana telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pada 10 Mac lalu dengan alasan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Malah, Hakim Syarie, Shukran Yusof telah memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Terdahulu, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.

ARTIKEL BERKAITAN: Perintah Hadanah Diana Danielle Diterima, Dakwaan Curang Hanya Alasan Farid Kamil – “Selepas Fail Kes Baru Semua Benda Ni Keluar”

ARTIKEL BERKAITAN: “Itu Semua Fitnah! Masalah Timbul Sebab Kesalahan Dia 100 Peratus” – Diana Danielle Tepis Dakwaan Berlaku Curang

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 1 Dec 2017

Vin Diesel Pelakon Termahal 2017 RM6.5 Bilion

Tahun ini menyaksikan dua bintang utama filem Fast and Furious 8, Vin Diesel dan The Rock dinobatkan sebagai pelakon termahal untuk tahun 2017. Filem box office itu juga meletakkan Vin Diesel di tempat pertama dengan […]

Hiburan Thu, 13 Dec 2018

Isu Beri Makan Anjing, Netizen Tolonglah ‘Otak’ Tu Jangan Sempit Sangat

Diharap masyarakat Malaysia lebih peka dan berilmu sebelum melontarkan kata-kata atau melabel seseorang diatas tindakan mereka

Featured Thu, 16 Mar 2023
Hiburan Sun, 10 Jun 2018

Siapa Artis Ke Kelab Malam Pada Bulan Ramadan?

Kenyataan itu dilihat seakan-akan benar apabila status Eyka juga menunjukkan yang kononnya beliau berada di kelab tersebut.

Trending Sat, 27 Oct 2018

“Sampai Korea Pukul 8 Pagi, 4.30 Petang Kena Hantar Balik Malaysia,”

“Sampai Korea Pukul 8 Pagi, 4.30 Petang Kena Hantar Balik Malaysia,” Lelaki Kongsi Pengalaman Trauma Melancong Sebab 1 Kesilapan

Trending Hari Ini Wed, 18 Mar 2020
Hiburan Fri, 29 Jun 2018

Al- Fatihah…Pak Pandir Meninggal Dunia

Disebabkan masalah kesihatan, Allahyarham tidak sempat mempromosi album terbaru yang sudah siap mengandungi enam buah lagu puisi.

Featured Fri, 24 Jan 2025
error: Content is protected !!