Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 December 15, 2019 @ 11:25am

Hafreez Adam Akhirnya Jawab Spekulasi, Putus Tunang Bulan Lalu…

Pelakon, Hafreez Adam (29) yang mengenali Zara Zya sejak bergandingan bersama dalam drama rantaian, Monalisa pada 2017 dan mengikat tali pertunangan 12 Oktober lalu, akhirnya mengakui hubungan mereka retak dan tidak dapat diselamatkan lagi. 

Memetik laporan BH Online, kedua pasangan pelakon ini sepatutnya mendirikan rumahtangga Oktober tahun depan tetapi malangnya ikatan pertunangan mereka terlerai bulan lepas. 

Walaupun menerima suratan takdir, Hafreez menjelaskan mereka berpisah secara baik dan mereka bersepakat untuk meleraikan segala spekulasi berkaitan hubungan mereka apabila Hafreez didakwa telah memilih untuk tidak mengikuti Zara di Instagram dan memadamkan gambar mereka berdua.  

 “Jumaat lalu, kami berbincang menerusi aplikasi WhatsApp dan sepakat untuk meleraikan persoalan mengenai hubungan kami, hari ini.
 
“Masing-masing tidak mahu berterusan mengundang apa sahaja rasa yang kurang enak, sejak kebelakangan ini.  Kami putus pun dengan cara yang baik.  Saya dan Zara tidak bergaduh. 
 
“Cukup saya katakan, tiada lagi persefahaman dalam hubungan yang sekian lama terjalin ini.  Tiada jodoh antara kami,” kata Hafreez kepada BH Online. 

Hafreez yang pernah memenangi Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH Ke-29 itu turut menjelaskan, buat masa ini dia lebih selesa memberikan ruang untuk diri masing-masing  dan mengelak daripada bertembung atau digandingkan dalam mana-mana drama. 

“Buat seketika dan waktu terdekat ini, saya cuba mengelak untuk bertemunya.  Saya juga tidak mahu detik sebegitu membuatkan kami berdepan sebarang tekanan daripada pihak luar.

“Saya percaya, masing-masing memerlukan ruang untuk melawan apa sahaja perasaan yang bertamu.  Kita tak tahu, selepas berita ini didedahkan, kecaman dan tekanan mungkin bertandang tanpa diduga,” kata pelakon drama Raisha 2 itu. 

Apa-apa pun, Hafreez hanya mendoakan yang terbaik buat bekas tunangnya walaupun tidak lagi menjadi orang yang paling rapat dengan Zara selepas ini. 

“Siapa sahaja jodohnya selepas ini, saya akan mendoakan yang terbaik dari kejauhan.  Saya turut mengharapkan pengertian peminat kami, untuk sama-sama mendoakan yang baik-baik. 

“Kalau boleh, usahlah bertelagah atau membuat apa-apa pertikaian selepas kami tidak lagi bersama.  Teruslah menyokong diri dan kerjaya seni kami,” kata Hafreez lagi. 

Terdahulu, Zara atau nama penuhnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin (34) pernah menjelaskan hubungan mereka yang semakin dingin selepas bertunang bukanlah disebabkan kehadiran orang ketiga. 

“Sama seperti pasangan lain, kami juga berdepan dugaan ketika menempuh alam pertunangan,” ujar Zara. 

Kredit Foto: Instagram @zarazya

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 4 Jan 2022

Wanita 60 Tahun Jadi Vlogger Makanan Untuk Menyara 2 Orang Anak OKU

Kasih seorang ibu tiada ganti, itulah ungkapan sesuai untuk digambarkan dengan kisah seorang wanita berusia 60 tahun di China yang menjadi vlogger masakan dan makanan. Menurut laporan South China Morning Post, seorang wanita yang menggelarkan […]

Featured Fri, 18 Apr 2025

Nora Ariffin Nekad Fail Cerai

Ini adalah perceraian kali kedua yang dibuat Nora

Hiburan Sat, 20 Sep 2025

Kak KM Borong Sejadah Cecah RM50,000

Kak KM borong sejadah berjumlah RM50,000

Hiburan Tue, 17 Mar 2026
Hiburan Sat, 14 Sep 2019

Rumah Tangga Lufya, Suami Goyah?

Kita doakan yang terbaik untuk Lufya & suami…

Hiburan Sun, 4 Mar 2018

Haqiem Rusli Mahu Fokus Pada Kerjaya

Haqiem Rusli Mahu Fokus Pada Kerjaya Belum Lagi Ingin Bercinta

TECH Thu, 21 Jun 2018

Boleh tonton TV, Youtube Bakal Tergugat Dengan Instagram?

IGTV umpama televisyen. Video akan dimainkan secara automatik apabila anda membuka aplikasi berkenaan, selain setiap rakan atau profil yang anda ikuti adalah seumpama saluran televisyen.

error: Content is protected !!