Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 28, 2025 @ 4:16pm

Azrul Zaidi Beri Kekuatan Kepada Along Cham Dari Jauh – “Walaupun Kita Dah Tak Serapat Dulu…”

Pelawak dan pengacara, Azrul Zaidi tampil bersuara berhubung kontroversi melanda sahabatnya, pelakon Along Cham yang baru sahaja dibebaskan pada Isnin selepas didakwa terbabit tuduhan memiliki dadah.

Menerusi perkongsian di Threads, Azrul atau nama lengkapnya Asrul Zaidi Jamaluddin, 51, tetap menganggap Along sebahagian daripada hidupnya, meskipun hubungan mereka kini sudah renggang.

Azrul tidak menafikan dia mempunyai keinginan untuk bertemu Along, namun lebih memilih untuk menyuntik kekuatan hanya dari jauh.

Dalam pada itu, Azrul turut sempat menasihati Along agar berlapang dada menerima ujian tersebut kerana setiap perkara yang berlaku ada hikmah-Nya.

“Apa yang terjadi ada sebabnya, walaupun kita dah tak serapat dulu namun kau tetap ada dalam kamus hidup aku.

“Aku harap ini titik perubahan dalam hidup kau. Kita semua pendosa, hanya Allah yang akan memberikan kita kekuatan.

“Keinginan nak jumpa itu ada, tapi….biarlah aku memberi kekuatan buat kau dari jauh. Tanpa kau, tak ada kumpulan Cham, tanpa aku pun tak ada kumpuan Cham.

“Semua ini sejarah karier kita, Along Cham,” tulisnya.

Sebelum ini, media melaporkan Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 41, sujud syukur dalam kandang tertuduh selepas Mahkamah Sesyen, Putrajaya melepas tanpa membebaskannya (DNAA) atas satu pertuduhan memiliki dadah disyaki kanabis.

Bagaimanapun, pada pagi Selasa Along dilihat hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya yang didakwa melakukan proses pengesahan lafaz cerai taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi.

Pelawak itu juga didakwa di Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan lain iaitu memiliki dan memasukkan dadah, serta dibenarkan ikat jamin sebanyak RM5,000.

Pada 20 Disember 2024, Along didakwa memiliki bahan disyaki dadah jenis kanabis anggaran berat 58.23 gram di sebuah rumah di Cyberjaya pada 14 Disember lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 5 Sep 2019
Events Fri, 17 Jun 2022

Netizen Indonesia Dakwa Malaysia Tiru Budaya, Haneesya Hanee Tampil Bersuara!

Setiap budaya dan tradisi ada keunikan tersendiri 🫶🏼 Kita kan serumpun, hormat lah antara satu sama lain 🤝🏼

Trending Wed, 12 Dec 2018

Youtube Malaysia Rewind Video Terhangat Sepanjang 2018

Nak tahu antara video paling trending sepanjang 2018?

Featured Sun, 12 Dec 2021

Britney Spears Tak Rancang Nak Jemput Ahli Keluarga Hadiri Perkahwinannya

Selepas berjaya memperoleh hak kebebasan untuk membuat keputusan dan memiliki semula pendapatannya sebagai seorang artis, Britney Spears kini memilih untuk hidup dalam keadaan yang membahagiakannya. Baru-baru ini, penyanyi Baby One More Time itu memberitahu sumber […]

Hiburan Thu, 21 Nov 2019
Events Thu, 31 Jul 2025

KJ ‘The Panther’ Tewaskan Saiful Merican Dalam Bekpes Hot Clash Of Champions

ST Rosyam Mall bertukar menjadi gelanggang penuh aksi apabila Hot FM menganjurkan acara Bekpes Hot Clash Of Champions yang menyaksikan penyampai radio popular, KJ “The Panther”, menewaskan peninju profesional, Saiful “The Vempire” Merican dalam satu […]

error: Content is protected !!