Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 11, 2025 @ 2:41pm

“Bila Orang Luar Mengeji Anak-Anak, Saya Hanya Peluk & Minta Maaf Pada Mereka” – Nora Ariffin

Penyanyi, Datuk Nora Ariffin meraih tumpuan apabila berkongsi sebuah potongan video temu bual di Instagram Story (IGs) miliknya.

Menerusi hantaran tersebut, Nora atau nama lengkapnya, Wan Norafizah Ariffin, menjelaskan dia tidak pernah sesekali menghukum atau menyalahkan anak-anaknya mereka ada membuat kesalahan sehingga teruk menjadi mangsa cacian netizen.

Sebaliknya, sebagai ibu, pelantun lagu Di Persimpangan Dilemma ini membuka ruang dan menjadi tempat ‘selamat’ untuk anak-anaknya bersandar tatkala sedang berdepan ujian.

“Orang luar mengata, mengutuk, pulau, mengeji, mencaci maki kalau kita buat benda sama dia nak pergi mana?

“Saya ada tampar dia ke? Halau dia? Macam mana buruk pun dia tetap anak kita, darah daging kita.

“Bagi saya apabila benda jadi macam tu, apa saya buat saya akan peluk semua anak saya,” katanya.

Dalam masa sama, selebriti berusia 52 tahun ini turut mengakui khilafnya sebagai seorang ibu yang juga boleh terleka atau terlepas pandang terutamanya dalam mendidik anak-anak.

Justeru, Nora sentiasa mengamalkan cara memohon maaf kepada anak-anak, selain turut memberikan sokongan kepada mereka dalam apa jua konflik sekalipun.

“Saya peluk dan kata kepada anak-anak, ‘saya minta maaf seandainya saya terlepas pandang ataupun tak cukup pandai menjadi ibu. Kadang kala terlupa, ingatkan dah didik sehabis baik tetapi ada yang terlepas.

“Kadang kala kita ini sebagai ibu bapa selalu fikir kita betul. Itu apa yang saya lakukan, minta maaf kepada anak dan berkata kepada mereka ‘apa yang jadi sekali pun, saya tetap berada bersama beri sokongan,” katanya.

Sebelum ini, anak perempuan Nora iaitu Dahlia menjadi sebutan hangat selepas membuat keputusan untuk tidak lagi memakai tudung.

Artikel Berkaitan: “Saya Pakai Tudung, Tapi Hati Saya Kosong” – Anak Nora Ariffin Kini ‘Free Hair’, Mahu Dikenali Sebagai Dahlia

Artikel Berkaitan: Tanggal Tudung Undang Kecaman, Anak Nora Ariffin Respons: “Lebih Ramai Orang Mengata, Lebih Menambah Pahala Saya”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 16 Feb 2021
Trending Wed, 14 Feb 2018

「肥胖竟然会传染」和胖子朋友共处一室,你也会发胖!

你知道肥胖有可能会传染吗?虽然很多人不相信,但是根据夏威夷大学的研究人员分析,和体重超重的朋友一起吃东西,可能因为体重过重朋友的「帮助」,或是下意识的选择,和胖子朋友相同的饮食,最后一起导致体重增加。

Featured Mon, 8 May 2023
Hiburan Fri, 25 Aug 2023
Hiburan Mon, 12 Nov 2018

#Mentor7 : Akur Pilihan Siti Nordiana, Mimi Mahu Cuba Nasib Lagi Tahun Depan

Syamimi juga merupakan anak didik penyanyi Amir Ukays di mana dia sering mengadakan persembahan bersama di majlis-majlis perkahwinan.

Hiburan Fri, 21 Feb 2020

“Amat Berat Untuk Kami Terima” Ibu Ashraf Sinclair Luah Rasa Sedih

Pastinya ini dugaan yang terhebat buat keluarga Sinclair. Semoga terus tabah dan kuat!

Events Mon, 6 Apr 2020
Trending Thu, 5 Jul 2018

TERKINI; Polis Temui Mayat Wanita Dikerat Di Sungai Gombak

Belum dapat dipastikan sama ada anggota badan yang ditemui dalam kedua-dua bagasi berkenaan adalah daripada individu yang sama.

error: Content is protected !!