Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd March 19, 2021 @ 4:57pm

Korea Utara Putuskan Hubungan Diplomatik Dengan Malaysia

Korea Utara hari ini telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia selepas seorang rakyatnya yang menetap di sini, bakal diekstradisi ke Amerika Syarikat untuk menghadapi tuduhan pengubahan wang haram.

Kementerian Luarnya dalam satu kenyataan rasmi yang disiarkan agensi berita negara itu KCNA berkata, Malaysia telah melakukan ‘jenayah yang tidak boleh dimaafkan’, dan ‘menghantar rakyatnya yang tak bersalah ke AS dengan cara paksaan”.

“Tindakan Malaysia telah menghancurkan seluruh landasan hubungan dua hala berdasarkan penghormatan terhadap kedaulatan,” kata satu kenyataan yang ditulis di KCNA.

Hubungan erat Malaysia dengan Korea Utara semakin merosot setelah Kim Jong Nam – saudara kepada pemimpin Kim Jong-un – terbunuh di lapangan terbang Kuala Lumpur pada Februari 2017.

“Kami telah memberi amaran terlebih dahulu bahawa AS – manipulator di belakang pentas dan penyebab utama kejadian ini – juga harus membayar harganya,” lapor KCNA.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 17 Sep 2021

Pernah 3 Kali Keguguran, Syatilla Melvin Sahkan Hamil Anak Ketiga

Pelakon dan usahawan Syatilla Melvin disahkan hamil selepas mengalami keguguran pada April. Isteri kepada pelakon Shaheizy Sam ini meluahkan rasa syukur dengan rezeki yang tak disangka ini menerusi hantaran di laman Instagram miliknya. “Kali keenam. […]

Hiburan Thu, 16 May 2024
Events Wed, 25 Jun 2025

Pemenang Dua Anugerah Di 20th BOH Cameronian Arts Awards ‘Persiapan Seorang Aktor’ Kembali Dipentaskan di PJPAC Julai Ini

Pemenang dua anugerah di 20th BOH Cameronian Arts Awards bagi Kategori Best Original Skrip dan The Best Of 2024 bakal dipentaskan selaam 3 hari di PJPAC.

Trending Tue, 19 Jan 2021
Hiburan Fri, 1 Nov 2024
error: Content is protected !!