Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 17, 2023 @ 4:03pm

AC Mizal Tak Hadir Majlis Nikah Anak Lelaki, Bekas Isteri Tampil Perjelas Sebab Anak Menangis Di Hari Bahagia

Bekas isteri kepada pengacara Datuk AC Mizal iaitu Shafnie Zainudin meraih perhatian ramai yang telah berkongsi berita gembira anak keduanya selamat mendirikan rumah tangga pada 11 November lalu.

Tular sebuah video memaparkan momen menyayat hati Shafnie memeluk erat anaknya, Shabil Iman yang dilihat juga tidak dapat menahan air mata sehingga menyentuh hati ramai pihak.

AC Mizal

Malah, video tersebut juga telah meraih beberapa spekulasi dalam kalangan netizen yang mendakwa Shabil menangis gara-gara bapanya, AC Mizal tidak hadir.

Susulan itu, memetik laporan mStar, Shafnie tampil menjelaskan anaknya menangis kerana sebak apabila kini sah bergelar suami kepada permaisuri hatinya.

“Biasalah suasana majlis pernikahan, emosi seorang ibu dan anak memang akan sebak dan sayu. Sebab nak melangkah ke alam kehidupan barukan?

“Tapi ia lebih kepada tangisan bahagia… anak pula sebak kerana dia paling rapat dengan akak (Shafnie),” katanya.

AC Mizal

Sekadar info, Shafnie dan AC Mizal pernah berkahwin pada 24 Jun 1995 namun bercerai pada 17 Oktober 2001.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang anak cahaya mata.

Shafnie kemudian kembali berumah tangga pada 2014 dan memiliki seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia lapan tahun.

Manakala AC Mizal pula bahagia dengan bekas model iaitu Datin Emylia Rosnaida Abdul Hamid.

Artikel Berkaitan: Hadiahkan Mercedes Benz Lebih RM300,000 Sempena Birthday Ke-18, AC Mizal Nafi Manjakan Anak

Artikel Berkaitan: “Orang Sibuk Nak Collect Pahala, Dia…” – Viral Isu Anjing, Natasha Hudson Tegur Datuk AC Mizal

Sumber: mstar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 2 Sep 2022

“Hanya Lambaian & Flying Kiss..” – Cucu Najib Hadir Mahkamah Sebagai Pengubat Rindu

“Saya rindu dan sayang atuk seribu juta kali,” – Cucu DS Najib Razak

Hiburan Fri, 2 Aug 2019

出道30载赵氏经典情歌!赵传1019云顶再现

台湾流行音乐歌坛常青树赵传将于2019年10月19日重登云顶云星剧场,为歌迷带来赵传《老男孩》云顶演唱会2019。

Events Mon, 15 Jul 2019
Hiburan Fri, 6 Mar 2026
Hiburan Thu, 22 Jun 2023

Masih Dalam Pantang, Suami Madammu Hadiahkan Kereta Mewah!

Wahh bestnya! Alhamdulillah congrats Madammu

error: Content is protected !!