Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 30, 2024 @ 3:00pm

Ameerul Asyraf Terkilan Terpalit Isu ‘Face Shaming’ – “Sedih! Tapi Sekurang-Kurangnya Saya Berjaya Membawa ‘Kebencian’ Kepada Netizen”

Pelakon Ameerul Asyraf mengaku terkilan apabila terpalit dengan isu ‘face shaming’ termasuklah menerima komen ‘jelek’ di media sosial menerusi drama rantaian popular TV3 berjudul, Lelaki Itu.

Katanya, walaupun terpalit dengan isu ‘face shaming’, namun dia bersyukur dan berasa bangga apabila watak sebagai ‘anak ikan’ berjaya dibawakannya.

Malah, dia juga tidak serik jika diberikan tawaran untuk memegang watak sama dalam mana-mana naskah selepas ini, sekaligus bersyukur menerima maklum balas positif apabila masyarakat mula mengenali dirinya dalam industri hiburan tanah air.

“Watak saya ini, saya telah berjaya membawakannya. Dan jika ada tawaran untuk membawa watak sebegini (anak ikan) saya tetap akan ambil.

“Walaupun netizen dekat Malaysia ni ‘kaki’ kecam… Saya sebenarnya baca komen-komen yang ditinggalkan, sedih juga… walaupun mereka tak body shaming saya, tapi face shaming.

“Walaupun sedih tapi saya okay… sekurang-kurangnya ia bagus untuk saya memberikan ‘kebencian’ kepada mereka.

“Impaknya orang lebih mengenali saya tapi followers saya masih sama. Namun, saya memandang dari sudut positif bahawa orang ramai mula mengenali saya apabila saya membawakan watak sebegitu,” ulasnya.

Ameerul berkata demikian ketika ditemui pada majlis Close UP  bagi drama Lelaki Itu yang diadakan di Hadramawt Kitchen, Ampang pada malam Isnin.

Dalam pada itu, Ameerul memaklumkan, dia juga sudah menerima beberapa tawaran lakonan dan sekarang ini masih sibuk untuk menguruskan jadual perjalanan karier seninya.

“Syukur alhamdulillah, tawaran tu ada cuma saya kena refer kepada pihak pengurusan saya untuk lock the date. Sekarang masih terlibat dengan beberapa interview,” katanya.

Empat bulan melayari bahtera perkahwinan, Ameerul berkata, setiap kali terlibat penggambaran, isteri akan menemaninya bagi mengelakkan salah faham dan sebagai langkah berjaga-jaga apatah lagi isu penyondol kini semakin hangat diperkatakan.

Menolak dakwaan kononnya dia tidak yakin dengan diri sendiri mengenai isu penyondol, Ameerul bagaimanapun menjelaskan, ujian itu datang dalam pelbagai bentuk apatah lagi naluri seorang lelaki sukar untuk menidakkan perkara itu.

“Empat bulan melayari kehidupan berumah tangga, saya rasa biasa dan masih lalui fasa itu.

“Walaupun isteri bukan dari orang industri, tetapi setiap kali saya pergi shooting, isteri saya akan ikut memandangkan isu sondol-menyondol ni tengah hangat diperkatakan.

“Saya yakin cuma bila kita digoda ni kan… kadang-kadang kita sebagai naluri lelaki susah untuk menidakkan benda itu. Tapi saya rasa ia bagus juga, sebab sekurang-kurangnya suami itu ‘dijaga’. Apatah lagi lelaki ni selalunya akan kecundang. Sama seperti cerita dalam drama Lelaki Itu,” jelasnya.

Terdahulu, Ameerul yang memegang watak sebagai Imran dalam ‘Lelaki Itu’ merupakan ‘anak ikan’ kepada Qaidah (Che Puan Sarimah Ibrahim) dan kekasih kepada Syarifah Bainah (Nadia Brian)

Sekadar info, drama 30 episod ini telahpun melabukan tirainya pada malam tadi dengan jumlah capaian sebanyak 1.13 billion di platform media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kita Makin Sakit Terutamanya Orang Melayu” – Erma Fatima Anggap Drama Lelaki Itu Bukan Cerita Biasa

ARTIKEL BERKAITAN:Ghairah Pilih Pelakon, Erma Fatima Puji Lakonan Aedy Ashraf & Hannah Delisha – “Ini Lah Pelapis Yang Bukan Harap Muka Tapi Bod*h”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 29 Mar 2018

Kes Dera Amah, ‘Datin’ Kejam Ke Penjara Bermula Hari Ini!

Hakim Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah menjatuhkan hukuman itu ke atas Rozita Mohamad Ali, 44, selepas mengenepikan hukuman dikenakan terhadapnya sebelum ini.

Acara Wed, 5 Jun 2019

Sherry Al-hadad dan Ammar Titan tak puasa? Biar betul!

Ikuti sedutan video Belakang Tabir Jom Kejar Bersama Panasonic!

Hiburan Sat, 9 Mar 2019

Pelakon ‘Airwolf’ Meninggal Dunia

Mendiang Vincent pernah mencatat sejarah di Hollywood apabila muncul sebagai penerima bayaran tertinggi di Amerika dengan jumlah $200,000 untuk satu episod dalam ‘Airwolf’.

Featured Tue, 28 Sep 2021

Antara Hidup Dan Mati, Gerak Khas Undercover Buat Penonton Teruja

Drama bersiri popular Gerak Khas kini kembali dengan wajah wajah baru yang menampilkan jalan cerita yang bakal membuatkan penonton teruja. Bukan hanya mengekalkan barisan pelakon asal seperti Erra Fazira, Salina Saibi, Gerak Khas Undercover juga […]

Hiburan Sun, 3 Dec 2017

“Suami Minta Tidak Hebahkan Perkahwinan Kami”

Izreen turut memohon maaf kepada peminat kerana merahsiakan perkahwinannya sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi

Trending Fri, 13 Nov 2020
Featured Fri, 23 Sep 2022
error: Content is protected !!