Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 14, 2022 @ 2:27pm

Terus Jadi Pilihan Pegang Watak Utama, Fasha Sandha Kekal Relevan – “Saya Anggap Ia Rezeki Buat…”

Kekal relevan dan tidak tergugat dengan kehadiran bakat baharu, pelakon jelita, Fasha Sanda terus menjadi pilihan produksi untuk menjayakan watak utama.

Menurut Fasha, bukan niatnya untuk tidak memberikan peluang kepada pelakon baharu, tetapi isteri kepada pelakon Aidil Aziz ini menganggap peluang lakonan adalah rezeki buat anak-anaknya.

“Saya memandang perkara ini dalam sudut positif walaupun sebenarnya saya penat dan memerlukan rehat, tapi apabila saya terima satu naskhah dan skrip yang bagus buat saya rasa sayang untuk menolak tawaran yang diberikan.

“Lagipun, saya bekerja dengan Radius One yang sangat terkenal dengan drama-drama yang berkualiti.

“Bukan tak nak beri peluang kepada pelakon baru tapi saya menganggap ini adalah rezeki anak-anak saya dan saya menyimpan untuk masa depan supaya suatu hari nanti saya boleh berehat,” katanya.

Tambah Fasha, penerbit dan pengarah juga turut memberi keyakinan untuk dirinya menggalas watak yang telah dipertanggungjawabkan.

“Apabila saya terima satu naskhah tu pada mulanya saya memang fikir nak rehat, tapi bila dapat satu karakter yang menarik, saya jatuh hati dengan watak itu.

“Bila director atau producer beri sokongan dan keyakinan kata saya sangat sesuai untuk bawa watak tersebut dan sebagainya, jadi saya fikir ini adalah rezeki untuk anak-anak saya,” katanya dalam sidang media secara maya untuk mempromosikan drama terbaru Samarinda TV3, Khilaf Asrama.

Fasha memegang watak sebagai Hanim iaitu kakak tiri kepada adiknya, Irma yang dilakonkan oleh Nelydia Senrose.

Drama samarinda Khilaf Asmara diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd dan diarahkan oleh Uchee Fukada.

Selain Nelydia dan Fasha, karya ini turut dijayakan dengan dua jejaka hero Malaya iaitu Fattah Amin dan Fahrin Ahmad.

Drama bersiri Khilaf Asmara mempunyai 15 episode dan bakal bersiaran pada 18 April 2022 hingga 12 Mei 2022 pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 10 malam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Mar 2019

Che Ta Mahu Jadi Muslimah Yang Sempurna

Syabas Che Ta! Kalau sebelum ni Che Ta memang cantik, sekarang ni lagi bertambah-tambah cantik lah nampak gaya nya.

Hiburan Thu, 1 Jun 2023
Featured Tue, 22 Nov 2022

“Kita Berilah Masa Sedikit Untuk Kami Dan YDPA” – Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim minta semua beri ruang kepada YDPA

Hiburan Thu, 2 Jan 2020

Netizen Gempar Bila Remy Ishak Padam Semua Gambar Di IG

Semoga semuanya baik-baik sahaja…

Hiburan Wed, 27 Sep 2023
Featured Sat, 6 Sep 2025
error: Content is protected !!