Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 21, 2026 @ 3:26pm

“Ada Peminat DM, Cakap Vida Dah Kena Rampas” – Roslan Shah Tak Cemburu, Gembira Jika DSV & Fazley Yaakob Bertemu Jodoh

Pelakon dan penghibur popular Roslan Shah menegaskan dia tidak pernah berasa cemburu atau berkecil hati apabila nama usahawan Datuk Seri Vida (DSV) kini semakin hangat dikaitkan dengan cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob.

Menurut Roslan atau mesra disapa Cik Lan, soal jodoh, ajal dan maut sudah ditentukan Allah dan dia memilih untuk mendoakan yang terbaik buat kedua-duanya.

“Bagi saya mudah saja, jodoh dan ajal semuanya di tangan Tuhan. Kalau benar Fazley dan DSV ada jodoh, saya tumpang gembira.

“Saya memang rapat dan baik dengan DSV dan anak-anak, tapi tak semestinya kalau tak sampai ke jenjang pelamin, kita kena kecewa. Apa yang penting hubungan persahabatan tetap dijaga,” katanya kepada XTRA.

@xtra_my Momen makan malam melibatkan Dato Fazley Yaakob, Dato Seri Vida, bekas isterinya, Azrene serta anak-anak mencuri perhatian ramai. Apa yang lebih mencuri tumpuan ialah layanan mesra Azrene terhadap Cik B yang disifatkan netizen seperti melayan anak sendiri. Suasana harmoni itu turut menerima pelbagai reaksi positif daripada warganet. #fyp #xtra #datofazleyyaakob #datoserivida #makanmalam ♬ original sound – XTRA

Tambah Roslan, hubungan baik yang terjalin bersama usahawan kosmetik itu tidak pernah berubah meskipun ramai netizen sering mengusik dan mengaitkan mereka sebagai pasangan sebelum ini.

“Ramai yang DM dan tinggalkan komen tanya kenapa saya tak bersama DSV atau kata Fazley sudah ‘rampas’ dia. Bagi saya, tak timbul soal rampas-merampas.

“Kita tak tahu sejauh mana hubungan mereka, tetapi saya sentiasa mendoakan yang baik-baik. Kalau itu jodoh mereka, Alhamdulillah,” katanya.

Roslan berkata, dia lebih menghargai persahabatan yang terjalin dengan Vida dan keluarga, malah hubungan mereka tetap akrab sehingga anak DSV, Cik B sendiri memanggilnya dengan gelaran ‘Papa Lan’.

“Dulu Cik B dan Kacak pun boleh menerima saya dengan baik. Jadi saya tak pernah kecil hati. Saya seorang yang terbuka dan percaya setiap orang ada rezeki masing-masing.

“Cik B pun panggil saya Papa Lan. Hubungan kami sangat baik dan saya akan terus menyokong DSV kerana dia seorang yang sangat baik,” katanya.

Dalam masa sama, Roslan mendedahkan dia bakal kembali bekerjasama dengan Vida di Singapura dalam tempoh dua minggu lagi dan menegaskan kerjasama mereka akan diteruskan atas dasar persahabatan.

“Bagi saya, soal jodoh letak tepi dahulu. Apa yang penting kami masih boleh bekerjasama dan saling menyokong antara satu sama lain,” katanya.

Mengakhiri perbualan, Roslan turut menitipkan doa agar sekiranya benar ada jodoh antara DSV dan Fazley, hubungan itu berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Kalau benar mereka ditakdirkan bersama, saya doakan semoga hubungan itu berkekalan dan dipermudahkan segala urusan. Saya hanya mahu melihat orang yang saya sayang bahagia,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 4 Mar 2026

“Jangan Salahkan Nora Danish, Dia Sedang Berubah Jadi Lebih Baik” – Boss Ned

Nedim Nazri tampil mempertahankan bekas isterinya, selebriti terkenal, Nora Danish

Trending Wed, 14 Mar 2018

‘Power Couple’ Zayn Malik & Gigi Hadid Dah Berpisah! Ini Sebabnya…Oh, Tidak!

Bukan selalu kita dapat jumpa pasangan selebriti di mana dua-dua individu pun fotogenik dan cantik.

Featured Thu, 2 Jan 2025
Featured Wed, 15 Jan 2025

Suki & Waris Terima Anugerah Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh kedua-dua artis tersebut menerusi hantaran di Instagram mereka.

Trending Mon, 13 Jun 2022

[VIDEO] “Dia Lagi Penang Daripada Baba Dia” – Comelnya! Netizen Terhibur Dengan Loghat Jebat Jayden

Jebat Jayden sekali lagi mencuitkan hati orang ramai dengan gelagat lucunya.

Hiburan Tue, 2 Oct 2018

Ini Baru From ‘Zero To Hero’, Shuib Kini Bergelar Jutawan?

Jika jutawan, saya sudah ada wang berjuta-juta, tetapi saya belum sampai ke tahap itu. Insya-Allah, saya sedang berusaha ke arah itu kerana bukan baru setahun dua berniaga.

error: Content is protected !!