Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 1, 2022 @ 2:48pm

Tiada Lagi Perubahan Status ‘Kuning’ MySejahtera Jika Jadi Kontak Kasual

Tiada lagi perubahan status berwarna kuning pada aplikasi Mysejahtera sekiranya orang ramai dikesan menjadi kontak rapat atau kontak kasual kepada mereka yang dilaporkan positif Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi ciapannya di Twitter pada Selasa.

Beliau menjelaskan bahawa individu yang menjadi kontak rapat hanya akan menerima notifikasi di aplikasi berkenaan.

“Sebelum ini apabila MySejahtera Trace atau Check-in mengesan anda sebagai kontak kasual kes positif Covid-19, status di aplikasi berkenaan akan bertukar kepada kontak kasual (kuning).

“Kini tiada lagi perubahan status. Tetapi anda akan menerima notifikasi. Jika bergejala, asingkan diri dan lakukan ujian kendiri,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 17 Feb 2025
Hiburan Mon, 10 Sep 2018

Selamat Lahirkan Anak Lelaki…Tahniah Adira!

ifahamkan penyanyi yang merupakan isteri kepada Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red ini melahirkan lelaki di sebuah hospital swasta di Sungai Buloh, Selangor, pada jam 10.21 pagi semalam.

familuv Sun, 18 Aug 2019

5 panduan setiap bapa baharu perlu tahu

Kongsikan info ini kepada suami anda!

Featured Fri, 10 Apr 2020

Duchess Kate Middleton terima hadiah tas tangan kulit epal

Khusus untuk si pencinta alam sekitar

Featured Wed, 1 Mar 2023
Hiburan Thu, 20 Dec 2018

Artis Wanita Dan Individu Bergelar Datuk Ini Antara Yang Ditahan Dalam Pesta Liar?

Tak habis-habis dengan dadah. Cuba bawak bertaubat, tak gitu?

error: Content is protected !!