Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir March 1, 2023 @ 5:32pm

“Saya Diberitahu Ia Filem Seram Bukan Konsep L*cah” – Alif Satar Dikecam Berlakon Filem Pulau?

Pelakon, penyanyi dan pengacara popular, Alif Satar melihat kritikan dan kecaman netizen secara positif dan terbuka mengenai pembabitannya dalam filem kontroversi, Pulau.

Menurutnya, dia percaya kritikan yang diberikan oleh orang ramai adalah kerana mereka belum lagi menonton filem tersebut.

“Saya ada baca komen dan kritikan dari netizen mengenai pembabitan saya dalam filem ini. Saya juga sudah bersedia menerimanya.

“Apapun, saya berharap mereka (netizen) menonton filem Pulau terlebih dulu dan mereka akan tahu pendirian saya serta menilai sendiri lakonan saya dalam filem itu,” katanya.

Alif ditemui semasa tayangan perdana filem Pulau di The Starling Mall pada petang semalam.

Selain itu, Alif menerima tawaran untuk berlakon dalam filem itu kerana tertarik dengan penulisan skrip yang bagus selain dapat bekerjasama dengan barisan pelakon senior yang lain.

“Saya mahu mengambil peluang ini untuk mendidik orang ramai bagaimana proses untuk berlakon sesebuah filem itu.

“Saya terima tawaran berlakon filem Pulau kerana penerbit memberitahu ia adalah filem seram dan bukan filem konsep lucah.

“Pada masa sama, penerbit juga beritahu, filem ini turut menampilkan pelakon senior yang saya hormati iaitu Namron dan Wan Hanafi Su,” jelasnya.

Mengulas tentang dirinya yang dikenali dengan imej baik, Alif mempunyai pendirian yang tetap dalam menjaga batasan tertentu dalam lakonan.

“Saya tetap dengan pendirian sama sejak dulu. Watak Ben itu hanyalah karakter lakonan saya dalam filem Pulau. Kalau saya berlakon karakter lelaki kahwin dua pun, peminat marah juga.

“Sebagai pelakon saya sudah menjalankan tanggungjawab saya dengan menjaga batasan dari segi aspek berpakaian dalam filem ini.

“Watak saya sebagai Ben tidak mendedahkan tubuh dalam filem ini sebaliknya lengkap berpakaian tapi bukan sebab saya nak tunjuk imej baik pun,” ujarnya.

Terdahulu, trailer filem Pulau ini mendapat kecaman dari pelbagai pihak kerana didakwa ada beberapa adegan panas serta pemakaian yang seksi yang tidak sesuai ditayangkan di negara ini.

Selain Alif, filem yang bakal ditayangkan di seluruh Malaysia pada 9 Mac 2023 ini terdiri daripada barisan pelakon lain iaitu Amelia Henderson, Ikmal Amry, Joey Leong, Evie Feroza, Sanjna Suri, Yazmy Juma, Vika, Cedric Loo, Mark O’Dea, Ms Pui Yi, Namron, Wan Hanafi Su, Harris Anuar, Sabronzo, Alex Henderson dan Datuk Sri Eddie Chong.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 10 Mar 2021

Rakyat Disarankan Bantu Industri Pelancongan Domestik

Ayuh majukan industri pelancongan!

Hiburan Sat, 8 Mar 2025

[VIDEO] Nur Nilam Dedah Azlan Komeng Tiada Harta – “Syarikat 100% Milik Saya”

Syarikat Nur Nilam HQ 100 peratus milik isteri Azlan Komeng

Hiburan Thu, 1 Aug 2024

Persiapan Sudah Selesai, Jeslina Hashim Menghitung Hari Bahagia Kahwin Dengan Kerabat Diraja 

Weee tak sabar nak tengok wedding Jeslina Hashim, mesti grand!

Trending Hari Ini Tue, 19 May 2020

4 Resepi ‘Simple’ Buat Geng Bujang Sempena Raya PKP Ni, Korang WAJIB Cuba!

Sekurang-kurang dapat jugaklah ubat rindu bila tak dapat balik kampung ..

Hiburan Sun, 11 May 2025

Selepas Single ‘Paling Sejati’, Roziana Cindy Tampil Dengan ‘Tinggalkan Luka’

Lagu terbaharu Roziana CIndy ini merupakan hasil kerjasama istimewa bersama komposer terkenal dari Indonesia, Ilham Baso

Hiburan Tue, 12 Feb 2019

Suara Dikritik Macam Tercekik Sudu, Ezuwan Ismail Terasa Hati?

Betulke Ezuwan sentap dengan kenyataan seorang pelakon terkenal sebelum ini?

error: Content is protected !!