Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 8, 2025 @ 4:33pm

[VIDEO] Nur Nilam Dedah Azlan Komeng Tiada Harta – “Syarikat 100% Milik Saya”

Isteri pelakon, Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz mendedahkan suaminya itu tidak mempunyai harta.

Menerusi potongan video siaran langsung tular di TikTok, Nilam memaklumkan syarikat Nilam HQ itu adalah milik sepenuhnya.

“Azlan ni tiada harta, Nilam HQ 100 peratus saya punya. Kalau tiada saya, tiada siapa akan sokong beli produk dia,” katanya.

Dalam video sama juga, Nilam memalumkan perwatakan suaminya kini sudah mula berubah.

Malah, Azlan turut mengajak Nilam itu ke pusat membeli-belah untuk membeli hantaran bakal isteri keduanya.

“Saya tak tahu Azlan sekarang ni dah berubah. Dia cakap dekat saya ‘kan awak bagi’. Memang lah saya beri keizinan untuk dia kahwin lagi, tapi saya minta belas kasihan dia sebagai suami.

“Semalam dia bawa saya pergi Alamanda nak cari barnag hantaran, kau rasa tak sakit hati aku? Sabar lagi.. Tahan lagi kita ni,” katanya.

Sebelum ini, Nilam mengakui perceraian bukanlah jalan terbaik untuk menyelesaikan konflik rumah tangganya yang kini diuji dengan tindakan Azlan yang mahu berpoligami.

Jelas Nilam, dia terlalu sayangkan Azlan dan masih berharap agar penyondol rumah tangganya membatalkan hasrat untuk berkahwin dengan suaminya itu.

@pn_nurul33

moga dipermudahkan segala urusan Puan Nilam..korang boleh support produk2 nilam hq ye..#minyakherbanilam #sabunnilam #azlankomeng #nurnilamortiz #fyp

♬ bunyi asal – RIDZUAN FAHMI – RIDZUAN FAHMI

Artikel Berkaitan: Bercerai Bukan Jalan Terbaik, Nur Nilam Masih Berharap Ada Belas Kasihan Dari Azlan Komeng – “Setiap Hari Doa ‘Penyondol’ Tak Ambil Suami Saya”

Artikel Berkaitan: “Poligami Bukan Tanda Tak Bersyukur” – Bakal Kahwin Dua, Azlan Komeng Nafi Abaikan Pengorbanan Nur Nilam

Artikel Berkaitan: Isteri Bongkar Azlan Komeng Hubungi ‘Skandal’, Dakwa Bakal Kahwin Baru? – “Hati Perit Tapi Semuanya Terserah Dia”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 7 Nov 2018

Sexiest Man Alive Ini Bakal Bawa Watak 007

Dan, pemenang Sexiest Man Alive pada tahun ini jatuh kepada Idris Elba!

Trending Tue, 12 Jun 2018

Mohd Nasir Ahmad Dilantik Pengerusi Media Prima

“Mohd Nasir mempunyai pengalaman lebih 30 tahun di dalam bidang kewangan, perakaunan dan pengurusan dan berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia adalah Fellow Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) United Kingdom dan Akauntan Bertauliah dengan Institut Akauntan Malaysia (MIA).

Hiburan Tue, 27 Aug 2019

Persembahan ‘Intim’ Shawn Mendes, Camila Tarik Perhatian Dunia

Pasangan ini membuat penonton menjerit ketika mereka menari, saling ‘menggoda’, dan hampir bercium.

Hiburan Sun, 8 Dec 2019
Hiburan Tue, 20 Feb 2024
Hiburan Wed, 27 Feb 2019

‘Kerjaya Penyanyi Jalanan Banyak Mengajar Saya…’- Maria Effendi Bakal Terbang Ke Hong Kong Wakili Malaysia Untuk HKAMF 2019

Maria yang bakal membawakan dua buah lagu iaitu Haruskah Aku dan Hurt (nyanyian asal Christina Aguilera di festival itu nanti memohon doa daripada rakyat Malaysia agar persembahannya dapat menambat hati juri.

error: Content is protected !!