Euforia Bola 2026
Cahaya Mata By: Fatin Nurain December 21, 2022 @ 11:23am

“Kalau Tak, Baby Buat Muka Tak Baik” – Comelnya! Gelagat Jebat Jayden Ugut Mommy Gara-Gara Nak Makan Keropok Buat Ramai Ketawa

Gelagat anak kepada pasangan selebriti Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, Jebat Jayden sekali lagi mengundang tawa warganet di TikTok, baru-baru ini.

Menerusi video yang tular di platform tersebut, Sharnaaz telah memberitahu Nabila bahawa anak mereka itu sedang makan keropok ketika pelakon itu membuat Live di Instagram.

“You ni dia makan keropok, nanti you marah eh. Satgi mommy tengok mommy marah pastu dia mesej,” katanya.

Dalam pada itu, Sharnaaz sempat berpesan kepada Jebat supaya menggosok giginya sebelum masuk tidur.

Namun, Jebat secara spontan mengugut Nabila supaya tidak memarahinya gara-gara ingin makan keropok.

“Okay, tapi mommy jangan marah. Tapi kalau mommy marah, baby buat muka yang tak baik,” kata Jebat.

Mendengar kenyataan itu dari anaknya, Sharnaaz kelihatan sangat terhibur namun sempat berpesan agar Jebat tetap menghormati ibunya, Nabila.

“Suka-suka je nak buat muka tak baik kat mak hang, baby tak bau syurga nanti, bau kaki je. Syurga kan di bawah tapak kaki ibu,” katanya.

@shrnzmn pandai jebat “ugut” mummy balik eh AHAHAH #sharnaazahmad #jebatjayden #noornabila #fyp #fypシ ♬ original sound – ^-^

Hasil tinjauan di ruangan komen, perkongsian tersebut telah menerima pelbagai respons dari warganet yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat dua beranak itu.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 9 Nov 2021

Akibat Kasari Penunggang Motosikal, Pemandu ‘Samseng Jalanan’ Diburu Polis

Polis sedang mengesan seorang pemandu kereta yang bertindak kasar seperti samseng jalanan terhadap penunggang motosikal di jalan raya pada Isnin. Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan, kejadian itu sempat dirakam oleh […]

Events Wed, 1 Jan 2020
Trending Hari Ini Wed, 10 Jun 2020
Hiburan Mon, 30 Sep 2019
Hiburan Fri, 6 Dec 2019

Remy Ishak, Izara Aishah Wajah Baru Hariz Dan Izzah Dalam Ombak Rindu The Series

Siapa ingat filem Ombak Rindu yang diadaptasikan dari novel karya Fauziah Ansari, lakonan Aaron Aziz sebagai Hariz dan Maya Karin sebagai Izzah? Kini, novel trilogi ke-2 dan 3 Ombak Rindu kembali dalam bentuk drama bersiri […]

Featured Wed, 13 Jun 2018

Iklan Raya Media Prima Yang Menampilkan Faizal Tahir Gerenti Akan Menyentuh Hati Anda

Dah tengok ke belum? Kalau anda tak rasa sebak, tak tahulah.

Hiburan Thu, 15 Feb 2024
error: Content is protected !!