Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 1, 2025 @ 4:03pm

Isteri Bongkar Azlan Komeng Hubungi ‘Skandal’, Dakwa Bakal Kahwin Baru? – “Hati Perit Tapi Semuanya Terserah Dia”

Isteri pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz mendedahkan bahawa suaminya itu bakal berkahwin baru tidak lama lagi.

Menerusi perkongsian sepotong video pendek, Nilam memaklumkan bahawa sejak menjalin hubungan cinta, suaminya itu kelihatan semakin tidak berenggang daripada bergayut di telefon.

“Jauh datang daripada Kuala Lumpur sampai lah ke pantai timur ni. Call je, tak tahu lah apa yang dia call… asyik gaduh je.

“Belum kahwin lagi dah bergaduh, macam mana? Tapi tak boleh buat apa juga kan… kau orang tengok jap, saya tunjuk.

“Orang nak kahwin macam ni tau. Mana-mana pergi call 24 jam. Belum kahwin lagi, dah kahwin aku tak tahu macam mana,” katanya.

Dalam pada itu, Nilam juga sempat menasihatkan golongan wanita diluar sana agar tidak terlalu cemburu sekaligus mencari calon suami yang menyayangi dan menerima diri seadanya.

“Laki orang bercinta macam ni ya. Nampak telefon dekat tangan tapi itulah… kalau cakap elok-elok tak apa. Asyik nak gaduh sahaja.

“Tapi sebenarnya dia macam ni dik, saya fikir perempuan you all kena cari orang yang sayangkan you lebih daripada dia sayang diri dia.

“Sebab kalau tak, dia akan jadi macam abang Lan. Paksa kahwin okay, kakak tak ada masalah tapi, 14 kali call dia, memang lah dia tak suka. Dia bukan orang macam tu,” jelasnya.

Mengaku perit menerima kenyataan bahawa suaminya itu bakal berkahwin baru, Nilam bagaimanapun berharap agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat suaminya.

“Itulah, kita doa sahaja yang baik-baik. Sebenarnya perit juga hati ni.

“Tapi itulah, semua atas abang Lan sahaja semua ni, doa yang baik-baik inshaa-Allah yang baik-baik sahaja datang pada kita,” tambahnya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respons kurang senang terhadap tindakan Azlan Komeng yang ingin berkahwin lebih dari satu.

Mana tidaknya, Azlan baru sahaja sembuh dari berdepan kebarangkalian lumpuh disebabkan kemalangan yang dialaminya termasuk kecederaan serius di tulang punggungnya.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 19 Aug 2025
Hiburan Wed, 9 Jan 2019

Bapa Aizat Amdan Meninggal Dunia

Al- Fatihah buat Datuk Amdan Bin Hj Mat Din…

Hiburan Thu, 15 Aug 2019

Dilabel Hot Mama! Stacy Akui Bukan Senang Nak Kurus

Berubah menjadi lebih baik itu kan bagus? Netizen jangan kecam please

Hiburan Thu, 5 Mar 2026
Featured Fri, 15 Jul 2022

“Saya Sokong 100%, Puteri Sarah Berhak Bersuara!” – ‘Kaki Sondol’ Suami Orang, Ini Pesanan Nad Zainal

Pelakon versatil, Nad Zainal memberikan pandangan peribadi terhadap rakan selebriti yang juga isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana. Menurut Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 32, dia mengakui akan […]

Featured Sat, 22 Nov 2025

Konsert DOLLA Good Girls Gone Bad Live in KL Dibatalkan

Keputusan tersebut terpaksa dibuat kerana kekangan masa, aspek keselamatan dan operasi teknikal yang tidak dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.

Featured Tue, 23 May 2023

Shaheizy Sam Belanja ‘Six Packs’ Dalam Filem Atas Tuntutan Kerja – “Isteri Terpegun, Dia Suka Effort Saya Bila…”

Sam belanja six packs mereciks! Memang terbaik lah Inspektor Khai dalam Polis Evo 3!

error: Content is protected !!