Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 7, 2023 @ 6:17pm

Api Pertempuran Kembali Membara Dalam Dapur Tempur Ra-Ra

Api pertempuran kembali membara dalam edisi istimewa program realiti masakan Dapur Tempur!

Istimewa sempena bulan Ramadan dan Raya yang dinanti-nantikan, TV9 menyajikan medan pertempuran Dapur Tempur Ra-Ra yang lebih meriah dan lebih mencabar bersama 5 pasukan duo keluarga selebriti menentang 5 pasukan keluarga teratas daripada musim pertama.

Pasukan jaguh memasak mingguan manakah yang akan mengambil alih takhta ‘juara’ Dapur Tempur kali ini?

Dapur Tempur Ra-Ra bakal menghiburkan penonton bermula 26 Mac 2023, setiap hari Ahad, pukul 8.30 malam. Program realiti memasak bersiri 5 episod ini juga akan distrim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

Program realiti Dapur Tempur Ra-Ra menampilkan Yasmin Hani sebagai hos manakala cef selebriti, Dato’ Cef Ismail bersama penerbit dan pengarah terkenal, Michael Ang diangkat sebagai juri tetap.

Istimewa musim ini, setiap minggu akan mempertandingkan dua pasangan iaitu pasangan finalis Dapur Tempur musim lalu dan pasangan keluarga selebriti berlainan untuk menyediakan dua hidangan mengikut tema yang diberikan.

Namun, kemahiran memasak mereka diuji dengan pelbagai cabaran menarik untuk menghangatkan lagi medan pertempuran memasak dalam Dapur Tempur Ra-Ra. Antara cabaran yang perlu dilalui peserta adalah Simpul Kasih di mana peserta perlu memasak dalam keadaan tangan mereka diikat bersama pasangan masing-masing manakala cabaran Tiru Macam Cef memerlukan peserta menyediakan hidangan yang telah disediakan oleh Cef Ismail tanpa mengetahui resipinya.

Berasaskan tema yang berkonsepkan aneka juadah makanan sahur, berbuka puasa dan hidangan raya, peserta akan dinilai dari segi rasa, kreativiti serta persembahan hidangan.

Musim terbaharu ini yang dihangatkan lagi dengan penampilan oleh pasangan keluarga selebriti sensasi pasti akan membuat penonton tak kering gusi.

5 pasangan selebriti terkenal tanah air yang akan bertempur dengan finalis Dapur Tempur musim pertama adalah pasangan bapa & anak “Bapak Borek Anak Rintik” (Norman Hakim & Danish Hakim), pasangan ibu & anak “Hot Chicks” (Aishah & Farahdhiya), pasangan kakak & adik “The Sizzling Sisters” (Umie Aida & Betty Rahmad), pasangan suami & isteri “Dap Err” (Bell Ngasri & Farhana) dan pasangan ibu & anak “Double Trouble” (Nabila Huda & Keisha Laila).

Setelah berjaya menempah nama di tangga lima teratas musim yang lalu, para finalis Dapur Tempur kembali untuk berentap dan menyediakan hidangan terbaik bagi setiap minggu.

5 pasangan tersebut adalah pasangan suami isteri “Masam Manis” (Syed Abdul Muiz Syed Zulkifli, 38 & Nor Arieni Adriena Mohd Ritzal, 31), pasangan kakak & adik “Seketul Rasa” (Idziatul Shima Samarudin, 42 & Muhammad Hanis Samarudin, 32), pasangan bapa & anak saudara “Pendekar Malaya” (Irfan Hariz S Miswandi, 20 & Mohd Haizal Ismail, 47), pasangan ibu & anak “Sudap Sudip” (Halifah Jaafar, 59 & Muhammad Ariff Haron, 37), dan pasangan abang & adik “Zest” (Mohd Hafzy Mohd Yusof Senusi, 45 & Norhaiza Mohd Yusof Senusi, 36).

Dapur Tempur dibawakan oleh rakan penaja NONA “Jom #NONAKanRamadanmu, Semudah Cara, Seenak Rasa, Pelbagai Selera”. Kru penerbitan Dapur Tempur Ra-Ra diketuai oleh Intan Noorbaizura Aliuddin selaku Penerbit Eksekutif, dan Siti Rahmah Hassan selaku Penerbit. Jangan terlepas untuk menonton Dapur Tempur Ra-Ra yang akan bersua pada hari Ahad, 26 Mac, jam 8.30 malam di TV9 dan strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my serta YouTube TV9 Malaysia.

Ikuti media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial dan layari http://www.xtra.com.my/ untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV9.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 6 Oct 2018

‘ Moga Anak-Anak Anggota Bomba Yang Terkorban Baru-Baru Ini…’, Jimmy Shanley Teringat Kisah Lama

8 Ogos 1984, bermulalah saya membesar tanpa kasih sayang seorang insan bergelar ayah… moga anak-anak anggota Bomba yang terkorban baru-baru ini di kawasan yang sama di Puchong membesar menjadi anak-anak yang Soleh.

Hiburan Fri, 5 Jun 2026

Juliana Evans Bakal Timang Cahaya Mata Ketiga, Syukur Rezeki Keluarga Bertambah – “Tahun Ini Waktu Yang Tepat”

Juliana turut mengakui masih cuba membiasakan diri dengan hakikat bakal bergelar ibu kepada tiga orang anak.

Featured Thu, 16 Jun 2022

Habiskan RM10,000 Untuk Makan ‘Steak’ Mewah, Aeril Zafrel Didakwa ‘Show Off’

Pelakon dan usahawan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal kini sedang bercuti di Kota London bersama rakan-rakan lain, termasuklah rakan selebriti seperti Mawar Rashid dan Raf Yaakob. Namun, apa yang mencuri perhatian adalah perkongsian video […]

Hiburan Mon, 6 Jan 2020
Hiburan Thu, 4 Jan 2018

BUKAN PEMALAS EH! – NORA DANISH

Nora mengakui bahawa kehamilannya pada kali ini amat berbeza jika dibandingkan dengan pengalamannya ketika mengandungkan anak sulungnya, Putra Rayqal sembilan tahun yang lalu

Hiburan Thu, 26 Feb 2026

Terbitkan Dentam Dentum Raya Nyanyian Trio Mut, Jaja Ishak Jawab Dakwaan Tumpang Populariti Hadie, Ammar & Auddra

Jaja Ishak tidak melihat dakwaan dirinya menumpang populariti tiga penyanyi muda Hadie Elfardie, Ammar Haikal dan Auddra Zulkifli sebagai sesuatu yang negatif.

Hiburan Wed, 15 Jan 2020
Featured Fri, 11 Mar 2022

“Sha Masih Belum Sembuh..” – Shila Amzah Mohon Diberi Ruang

Kita terus mendoakan yang baik-baik saja ya.. ❤️

Hiburan Wed, 24 Oct 2018

Bukan Nak Tunjuk Hebat, Nourul Depp Tak Mahu Jadi Artis Bermusim

Saya harap, jangan tanya lagi fasal ini. Kalau ada persembahan, datanglah tengok. 

error: Content is protected !!