Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 5, 2026 @ 11:55am

“Saya Okay, Dia Pun Okay” –  Yusuf Bahrin Jawab Dakwaan Rumah Tangga Dengan Zizi Kirana Bergolak

Pelakon, Yusuf Bahrin tampil menepis spekulasi yang mendakwa rumah tangganya bersama penyanyi Zizi Kirana sedang dilanda masalah.

Menurut Yusuf atau nama lengkapnya, Muhammad Yusuf Bahrin hubungan mereka masih berada dalam keadaan baik seperti biasa dan dia sendiri tidak pasti bagaimana khabar angin tersebut boleh timbul.

“Tak ada apa saya nak terangkan di sini, hubungan kami semua dalam keadaan yang baik, Alhamdulillah.

“Saya pun tak faham kenapa spekulasi ini timbul, mungkin orang tak nampak kami kongsi gambar bersama di media sosial.

“Takkan kami nak kena ikut apa yang orang mahukan untuk kepuasan mereka. Saya okay, dia (Zizi) pun okay, tak ada masalah,” katanya.

Yusuf berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media iklan raya dan majlis berbuka puasa bersama LOL Entertainment yang berlangsung di Hotel Royal Chulan Damansara pada Rabu.

Aktor berusia 34 tahun itu turut menjelaskan dia dan Zizi sememangnya memilih untuk tidak terlalu berkongsi kisah rumah tangga mereka di media sosial buat masa ini.

“Kami memang sengaja tidak berkongsi apa-apa di media sosial buat masa ini. Masing-masing fokus pada kerja.

“Saya lebih selesa begini. Awal-awal dulu bila timbul gosip seperti ini kita terkejut juga, tapi lama-lama sudah terbiasa dan ia tidak menjadi masalah untuk saya.

“Biarlah orang nak buat spekulasi sendiri. Apa yang penting, saya okay dan tak perlu risau,” katanya lagi.

Dalam masa sama, Yusuf mengakui dia memahami keprihatinan peminat yang sentiasa mengambil berat mengenai kehidupan peribadinya.

“Saya tahu peminat mahukan yang terbaik untuk kami, sebab itu mereka ambil berat.

“Bagus juga begitu kerana kita juga perlukan doa mereka. Saya harap semua doakan yang baik-baik saja.

“Kalau orang nak buat spekulasi sendiri itu hak masing-masing, tapi lebih baik kita doakan kesejahteraan semua orang.

“Saya perlukan doa kalian kerana kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan,” katanya.

Sebelum ini, rumah tangga Yusuf dan Zizi atau nama lengkapnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahlil, 41, menjadi perhatian ramai selepas timbul dakwaan mereka tidak lagi mengikuti akaun media sosial masing-masing.

Bagaimanapun, Zizi sebelum ini menjelaskan bahawa rumah tangga mereka adalah perkara peribadi dan tidak wajar dijadikan tatapan umum.

Untuk rekod, Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga pada 2021 selepas berkenalan ketika rakaman program hiburan All Together Now Malaysia.

Artikel Berkaitan: Yusuf Bahrin Ditegur Muat Naik Video Mesra Dengan Wanita Netizen Komen – “Isteri Di Atas Lautan Berdepan Detik Cemas Dia Macam Ni Pula”

Artikel Berkaitan: “Mata Dah Tak Bengkak” – Yusuf Bahrin Kembali Ceria, Menanti Hari Nak Sambut Kepulangan Zizi Kirana

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 2 Jul 2024

Pelawak Dan Isteri Direman Dua Hari Sebar Maklumat Dalaman Polis

Siapakah gerangan pelawak itu🧐🧐🧐

Hiburan Mon, 9 Dec 2019

Bagaikan Kisah Dongeng ‘Snow White’, Majlis Perkahwinan Eizlan Yusof-Tasha Bakal Jadi “Wedding of The Year” 2019

Tak dapat nak membayangkan bagaimana gemilangnya majlis perkahwinan Eizlan Yusof hujung minggu ini. Rasa macam dalam mimpi pulak!

Hiburan Sat, 2 Mar 2024
Featured Thu, 13 Oct 2022
Sihat Thu, 9 May 2024
Hiburan Mon, 16 Dec 2019

70岁Air Supply宝刀未老!首首金曲重温经典回忆

西洋乐坛不老摇滚天团Air Supply再度登上云顶云星剧场开唱,即使已经来马开唱多次,仍吸引大批的歌迷朝圣。

Trending Tue, 25 Feb 2020
error: Content is protected !!