Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 6, 2025 @ 12:36pm

“Mata Dah Tak Bengkak” – Yusuf Bahrin Kembali Ceria, Menanti Hari Nak Sambut Kepulangan Zizi Kirana

Selepas beberapa hari menanggung resah menanti khabar, pelakon Yusuf Bahrin akhirnya menarik nafas lega apabila isteri tercinta, Zizi Kirana, antara 23 sukarelawan Malaysia yang selamat dibebaskan daripada tahanan pihak Isr**l.

Menerusi rakaman pendek panggilan video yang dikongsikan rakannya, Yusuf dilihat kembali tersenyum dan jauh lebih ceria berbanding ketika awal menerima berita penahanan Zizi oleh tentera Zion*s.

Katanya, perubahan jelas terpancar pada raut wajah pelakon itu yang kini mampu mengukir senyuman selepas beberapa hari muram menantikan berita tentang keselamatan isterinya.

“Muka dah ada senyum, alhamdulillah nampak ceria dah. Mata pun dah tak bengkak. Tak sabar nak sambut bidadari syurga,” katanya.

@thepresidentcore

Alhamdulillah..syukur🤲🏻..allah maha baik..Terima kasih allah..Terima kasih malaysian🫶🏻 @Sumud Nusantara Official @Yusuf Bahrin @Zizi Kirana #globalsumudflotilla #freepalestine🇵🇸❤️ #gaza #fyp #viral

♬ Hanya Rindu – Andmesh

Terdahulu, Zizi bersama 22 lagi sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza dilaporkan selamat tiba di Istanbul, Turkiye sekitar jam 9 malam waktu Malaysia (Sabtu).

Mereka dibebaskan selepas ditahan oleh Angkatan Tentera Isr**l (I*F) ketika dalam perjalanan membawa bantuan untuk rakyat Palestin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 8 Oct 2018

Nabila Razali Antara Artis Yang Dikutuk Kerana Berpakaian Seksi, Betul Ke?

Semoga lepasni Nabila Razali lebih sensitif terhadap isu ini okay!

Featured Tue, 7 Apr 2020
Hiburan Sat, 21 Apr 2018

Nak Tahu Comel Ke Tak Anak Sajat, Saksikan Dalam Nur Sajat Rated Xtra Hanya Di Tonton!

Dalam episod kali ini, Sajat sempat menyiapkan anak-anaknya iaitu Syahmi dan Syaza sebelum keluar bekerja. Nampaknya Sajat pun macam mak-mak yang lain juga kan? Siap berlari mengejar anak-anak semata-mata nak suruh pergi mandi. 

Featured Mon, 5 Dec 2022

“Manusia Lain-Lain, Bukan Semua Lelaki Macam Laki Hang!”- Eyra Hazali Berang, Nasihat Netizen Jangan ‘Influence’ Masyarakat Soal Perkahwinan

Betul tu! Kadang ada yang berfikir-fikir nak kahwin sebab takut dengar cerita org yang dah kahwin. eh!

Featured Sun, 8 Dec 2024
Hiburan Wed, 3 Jul 2024
Trending Thu, 6 Feb 2020

情人节DIY心形美味餐点!让另一半感受你满满的爱意

除了在外吃情人套餐,在家动动手准备一份情人特餐,更添浪漫气氛喔!

error: Content is protected !!