Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 5, 2022 @ 2:30pm

“Manusia Lain-Lain, Bukan Semua Lelaki Macam Laki Hang!”- Eyra Hazali Berang, Nasihat Netizen Jangan ‘Influence’ Masyarakat Soal Perkahwinan

Pelakon Eyra Hazali menegur tindakan segelintir warganet yang memberikan komen negatif terhadap isu perkahwinan sehingga memberikan pengaruh tidak baik kepada masyarakat.

Menerusi ciapannya di Twitter, Eyra atau nama sebenarnya, Hazirah Qasdina Hazali, 23,  kelihatan berang selepas ada individu memberikan komen dengan melabel perkahwinan adalah sesuatu yang menakutkan.

Justeru itu, Eyra berkata, adalah lebih baik sekiranya individu terbabit mendoakan yang terbaik daripada memberikan pengaruh negatif kepada orang lain terutamanya kepada mereka yang bakal bergelar suami atau isteri.

“Rasanya tak perlu dah kan komen macam ni? Kenapa nak influence orang yang marriage ni scary? Bukan salah mereka sekiranya perkahwinan anda tidak berjaya.  Doa je la baik-baik ? Manusia pun lain-lain,bukan semua macam laki hang,” ciapnya.

 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mempunyai pandangan yang sama dengan aktres tersebut malah ada yang beranggapan bahawa komen sebegitu hanyalah sekadar gurauan semata-mata.

Walaubagaimana pun, terdapat segelintir warganet yang tampil berkongsi pengalaman mereka diperli oleh ahli keluarga sendiri dek kerana terlalu menunjukkan kemesraan walaupun usia perkahwinan mereka masih baharu.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 9 Jul 2024
Hiburan Mon, 8 Jan 2018

DON’T CRY LADIES BUT OUR OPPA LEE HYUN WOO WILL BE MIA FOR 2 YEARS

Lee Hyun Woo has confirmed that he will be enlisting into the army soon 🙁

Hiburan Mon, 23 Apr 2018

Sherry Ibrahim Berhenti Berlakon?

Namun, Sherry kini kelihatan jarang sekali membintangi drama mahupun filem di kaca televisyen. Adakah kerana dia tidak laku? Ataupun dia membawa diri kerana merajuk dengan kisah cinta yang tidak berkesudahan?

Hiburan Sun, 21 Dec 2025

Stereoangel Realisasikan Impian Hampir 30 Tahun, Lancar Album Penuh ‘Abstraksasi’

Kumpulan Stereoangel kini memiliki album penuh sebagai tanda perjalanan seni yang tidak pernah padam.

Featured Tue, 17 May 2022
Trending Wed, 3 Apr 2019
Featured Thu, 17 Nov 2022
Hiburan Mon, 17 Mar 2025

[VIDEO] Dapat Hadiah Daripada Keluarga Mentua, Netizen Puji Atikah Suhaime Beruntung Dilayan Bak Puteri

Keluarga Mentua Atikah Suhaime buat kejutan, beri hadiah jenama mewah

error: Content is protected !!