Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 9, 2024 @ 11:44am

Ammar Alfian Buka Mulut Dakwaan Tumbuk Kekasih – “Tahulah Muka Aku Jahat, Berlakon Pun Jahat”

Pelakon bertubuh sasa, Ammar Alfian menafikan dakwaan kononnya dia adalah individu yang dimaksudkan berhubung kes memukul kekasih dalam kejadian yang berlaku pada jam 3 pagi, Isnin.

Menerusi perkongsian yang dibuat di ruangan balas, Ammar tampil mempertahankan dirinya apabila memaklumkan dia bukanlah individu yang diperkatakan.

“Nat*h, bukan aku gila,” tulisnya.

Terkilan dengan dakwaan tersebut, Ammar, 37, menyifatkan tuduhan itu sebagai melampau.

Bahkan, sedar dirinya sering membawakan watak antoganis dalam lakonannya, aktor itu berpendapat ia bukanlah ‘lesen’ untuk warganet menuduhnya sesuka hati.

“Tahu lah muka aku jahat, berlakon pun jahat. Lepas ni, producer tolong bagi watak ustaz dekat aku.

“Aku nak scene dalam masjid, tengah solat, baca doa nangis-nangis. Kamera pan dari belakang ke depan. Pan muka aku nangis teresak-esak. Kasi ON,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita berusia 25 tahun dibelasah teman lelakinya yang juga pelakon di Ara Damansara.

Dalam kejadian tersebut, pelakon tersebut dilaporkan telah menumbuk mata dan badam wanita berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar@Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 6 petang, Ahad

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 6 Feb 2026

Cetus Fenomena Luar Biasa! Drama ‘Doa Yang Terlindung’ Raih 4 Juta Penonton, 600 Juta Capaian Media Sosial

Saksikan minggu terakhir Doa Yang Terlindung setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di slot Akasia TV3

Featured Thu, 20 Oct 2022
Featured Mon, 1 Aug 2022
Hiburan Fri, 19 Jan 2024

“Kami Kawan Je” – Jawab Gosip Dengan Noki K-Clique, Ezzanie Jasny Nak Fokus Kerjaya

Takpe lah kawan dulu.. Mana tahu ada jodoh satu hari nanti!

Kisah Viral Tue, 13 Sep 2022
Hiburan Fri, 27 Sep 2024
Trending Mon, 16 Mar 2020

Konsert Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia Ditangguhkan, Bimbang Penularan Wabak Covid-19

  KONSERT sulung penyanyi Khai Bahar, Konsert Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia yang dijadual berlangsung pada 27 dan 28 Mac ini di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur ditunda ekoran penularan wabak Covid-19. Perkara […]

error: Content is protected !!