Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Khairil Khusyairi September 13, 2022 @ 5:50pm

[VIDEO] Ustazah Asma’ Harun Menangis Ketika Live Gara-Gara Sering Dikecam Tanpa Sebab

Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun, meluahkan rasa sebak apabila berterusan menerima kecaman ramai disebabkan sekeping fotonya bersama seorang anak ahli politik yang tular di media sosial.

Disebabkan kecaman yang diterimanya secara bertubi-tubi, Ustazah Asma’ jelas tidak dapat menahan tangisnya. Malah berkali-kali dilihat mengesar air mata yang mengalir di pipi dengan menggunakan tisu untuk meneruskan perkongsiannya.

“Apa yang berlaku, sampai hari ni..saya dikata tali barut, penunggang agama, penjual agama,” ujarnya dalam satu sesi siaran langsung.

Asma’ menjelaskan, beliau tidak mengenali anak ahli politik itu sehingga wanita tersebut memperkenalkan dirinya sebelum menyatakan hasrat untuk mengambil foto bersama.

Dalam masa sama, pendakwah berusia 39 tahun itu juga terkilan dengan kata-kata cacian dilemparkan berhubung video ketika bertemu dengan penyanyi dangdut sensasi, Ifa Raziah.

“Maki hamun dengan segala jenis binatang, apa yang kalian buat sebenarnya?,” katanya.

 

@wawaygmanis1601hijab Jgnla kita terpedaya dgn hasutan Fitnah#IniZamanFitnah#SemogaAllahLindungiKitaSemua #SayangUstazah#fyp ♬ original sound – wawaygmanis1601

Dalam satu perkongsian berbeza, Asma’ bagaimanapun lebih memilih untuk memaafkan individu yang bertindak mencaci maki atau memfitnahnya.

“Saya maafkan semua dan takkan tuntut apa-apa di akhirat. Saya sebut lagi sekali, tiada apa-apa disimpan dalam hati meskipun saya mengenali individu tersebut.

“Saya takkan letakkan kebencian, kemarahan sebab hidup kita sangat singkat untuk memasukkan rasa benci terhadap manusia dalam hati,” luahnya.

@dillahussin jangan sedih ustazah, ini lah jalan orang berjuang #ustazahasmaharun #islamituindah #sedih #pejuang #dakwah #maafkan #fitnah #akhirzaman ♬ Selawat Nabi Muhammad Saw – N.I.A

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh hati dan bersimpati dengan ujian dan fitnah yang menimpa diri Ustazah Asma’. Bukan itu sahaja ramai juga tampil memberi komen yang positif agar menyuntik semangat buat ustazah terus bangkit menghadapi ujian kali ini.

Sumber: TikTok @wawaygmanis1601hijab @dillahussin

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 4 Sep 2018

Nana Kongsi Rahsia Peribadi Dalam ‘Life Goes On’

Penyanyi lagu ‘Paling Comel’ ini turut memberitahu dia mengambil masa dua tahun untuk menyiapkan buku berkenaan…Tak sabar kami nak dapatkannya!

Trending Sun, 28 Mar 2021

Belum Terfikir Pulang Ke Amerika Syarikat, Yuna Siapkan Album Baharu Di Malaysia

Penyanyi tempatan yang menempa nama di peringkat antarabangsa, Yuna, 34, belum terfikir untuk kembali Amerika Syarikat dalam masa terdekat. Hampir 10 tahun membangunkan karier muzik di sana, pemilik nama sebenar Yunalis Mat Zara’ai ini sedang […]

Trending Wed, 24 Jul 2019

VMA 2019 is Under Fire when #VMAsRacist Trends on Twitter

They literally thought they did something, when in fact they did not! And fans weren’t having it.

Ijab & Kabul Sat, 18 Nov 2023
Trending Fri, 18 Mar 2022

Ini 7 Sebab Kenapa Kami Suka Corvan 2-in-1 Vacuum & Mop K18, Sangat Memudahkan Urusan Harian!

Bila sebut tentang vakum tanpa wayar atau cordless vacuum mesti ramai yang dah tahu seberapa bagus dan bagaimana ia boleh memudahkan kerja-kerja mengemas. Tak payah dah nak tarik wayar panjang-panjang dengan bunyi bising sampai menggangu keselesaan orang […]

Hiburan Fri, 27 Sep 2024

Bersalah Lakukan Amang S*ksual Fizikal Terhadap Remaja Lelaki, PU Azman Dipenjara 24 Tahun & Dua Sebatan

Mahkamah turut memerintahkan PU Azman menjalani sesi kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan

error: Content is protected !!