Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 29, 2025 @ 7:26pm

Syafi Tee, Dayang Areeda Bergandingan Dalam ‘Cinta Si Coffee Hunter’

Pelakon Syafi Tee dan Dayang Areeda bergandingan dalam drama romantik komedi terbaru berjudul Cinta Si Coffee Hunter.

Mengangkat kopi sebagai subjek utama penceritaan, budaya kopi hari ini bukan lagi sekadar tentang secawan minuman untuk menghilangkan rasa mengantuk. Ia sudah berkembang menjadi gaya hidup moden yang penuh nilai sosial, ekonomi dan kreatif. Dari kafe hipster ke jenama antarabangsa, kopi kini menjadi simbol komuniti, pertemuan idea, bahkan aspirasi anak muda.

Fenomena inilah yang akhirnya mengilhamkan drama Cinta Si Coffee Hunter, apabila dunia kopi istimewa (specialty coffee) dijadikan latar kisah cinta, perjuangan dan persaingan. Ia membuktikan bagaimana kopi bukan sahaja menyatukan lidah, tetapi juga cerita terbabit menjadikan budaya ini begitu dekat dengan kehidupan seharian, sampai mampu diangkat ke layar drama.

Drama 30 episod ini mengetengahkan dunia kopi istimewa specialty coffee sebagai latar, mengangkat kisah perjuangan seorang barista muda, Sofea Medina lakonan Dayang Areeda, yang bertekad membina kafe impiannya meskipun berdepan pelbagai cabaran.

@hwc.coffee.my Bila cinta bertemu kopi, siapa sebenarnya yang diburu? Kedai… Atau hati pemberi coffee? ▶️ Nantikan 30 episod di TikTok : @hwc.coffee.my 🕐 Tayangan setiap hari, jam 12 tengah hari #CintaSiCoffeeHunter #DramaTikTok #HWCcoffee #HWCcoffeemy #SpecialtyCoffee ♬ original sound – HWC COFFEE MALAYSIA

Syafi Tee pula memegang watak Tengku Ilham Iskandar, seorang pewaris berpengaruh yang menyembunyikan identitinya demi membantu Sofea.
Chemistry antara mereka berdua memberi nadi segar kepada drama ini, diwarnai dengan konflik cinta, persaingan sengit dan rahsia yang penuh teka-teki.

Dibantu barisan pelakon berbakat seperti Nasz Sally, AG Hafiz, Ayan Rahman dan Qara Lyana, drama arahan Azhar Jalil ini menjanjikan hiburan yang bukan sahaja romantik, tetapi juga penuh realiti dunia perniagaan moden.

Lebih menarik, Cinta Si Coffee Hunter bukan sekadar sebuah drama, sebaliknya ia dihasilkan sebagai Vertical Drama oleh HWC Coffee, menjadikan ia antara naskhah yang dipersembahkan secara eksklusif di platform TikTok.

Penonton boleh mengikuti satu episod sepanjang tiga minit setiap hari sepanjang Oktober, menjadikan pengalaman menonton lebih ringkas, segar dan interaktif.

Dalam pada itu, HWC Coffee turut melancarkan kolaborasi bersejarah bersama jenama gaya hidup global, BAPE Café, di Suria KLCC pada 28 September lalu.

Kolaborasi ini dianggap sebagai gabungan berani antara budaya kopi istimewa dan street culture, sekali gus mengangkat pengalaman menikmati kopi ke tahap baharu.

Majlis pelancaran diserikan dengan persembahan tarian bertenaga, tayangan muzik video HWC, serta sesi merasa dua kopi eksklusif yang paling dinanti peminat kopi seluruh dunia.

Antara tarikan utama ialah pengenalan Panama Geisha Blend yang kini boleh dinikmati di semua cawangan HWC Coffee dengan hanya menambah RM2 untuk penaiktarafan, manakala Panama Los Lajones Geisha Honey 12D (LLGH), kopi edisi terhad dengan aroma bunga dan rasa manis yang halus yang hanya boleh didapati di BAPE Café x HWC Coffee KLCC, berharga RM59 secawan atau RM299 sebungkus.

Dengan stok yang amat terhad, permintaan dijangka melebihi penawaran dalam tempoh singkat. Majlis tersebut turut mengumumkan pelbagai inisiatif bersempena Hari Kopi Sedunia, termasuk pemberian 1,000 cawan Panama Geisha Blend Americano secara percuma di seluruh negara dan peluang untuk 100 pelanggan pertama menebus secawan Los Lajones Geisha Honey 12D secara eksklusif.

Pelancaran ini bukan sahaja mencipta fenomena dalam dunia kopi tempatan, tetapi turut menandakan permulaan era baharu dalam meraikan budaya kopi, kreativiti dan hiburan serentak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 23 Jan 2019

Pasangan Selebriti Terkenal Indonesie SAH Bercerai Hari Ini

Gading dan Gisel bernikah pada 15 November 2013 di Bali dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Gempita Noura Marten.

Trending Thu, 17 Jun 2021
Hiburan Thu, 23 Nov 2023

“Izin & Restu Suami Itu Perlu” – Fattah Amin Tak Kongkong Isteri

Fattah Amin tak kongkong isteri, Nur Fazura.

Trending Sun, 19 Jun 2022

[VIDEO] “Wah Dah Macam Drama Arab” – Netizen Puji Neelofa ‘Terpeleot’ Cakap Arab

Neelofa ‘terpeleot’ cakap bahasa Arab dengan suaminya, PU Riz.

Hiburan Thu, 19 Aug 2021

Kempen Kita Malaysia #BaikSemula Sebar Semangat & Inspirasi Dalam Menyambut Bulan Kebangsaan 2021

Setiap kali menjelang bulan Ogos, pastinya negara kita meriah dengan kibaran Jalur Gemilang di merata tempat. Walaupun kali ini menjadi tahun kedua kita menyambutnya secara sederhana akibat penularan virus Covid-19, namun sambutan Hari Kebangsaan dan […]

Cahaya Mata Thu, 12 Jan 2023

[VIDEO] Pandainya Anak Farah Nabilah Masak! – “Cara Pegang Garfu & Sudip Look Natural Sangat”

Pelakon Farah Nabilah, 31, sering berkongsi momen bersama anak sulungnya, Andre Omar, 3, yang berjaya mencuri perhatian ramai dengan gelagat comelnya. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik olehnya di laman Instagram yang memaparkan […]

Featured Fri, 28 Feb 2025

Along Cham Tekad, Mengaku Tidak Bersalah Atas Pertuduhan Kes Dadah

Along nekad mengaku tak bersalah atas pertuduhan kes dadah

Hiburan Tue, 1 Jul 2025
Featured Tue, 5 Apr 2022
error: Content is protected !!